Hasil personal coaching Kak Rita

Fuh… penat seharian semalam masih lagi tak hilang. Baru balik dari Mentakab, Pahang menghadiri majlis perkahwinan adik saya dan pasangannya Cik Siti. Hehehe.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan didoakan mereka happy, bahagia selamanya. Amin!

Berbalik pada cerita yang saya nak sampaikan. Pada hari Sabtu lepas, saya mengadakan sesi personal coaching Google Adsense bersama Kak Rita. Setelah seharian lebih sesi tersebut habis, maka petang tadi saya semak Facebook saya dan lihat ada photo yang di tag dengan nama saya.

Selama sehari lebih ditinggalkan, maka outcome telah nampak! Alhamdulillah, Kak Rita mengaplikasikan apa yang diajar dengan betul.

[Read more...]

Personal coaching Google Adsense dengan Kak Rita

Baru je balik dari mengajar Kak Rita mengenai Google Adsense. Hari ini memang ada “date” kat starbuck dengan Kak Rita untuk coaching dia pasal Google Adsense. Saya keluar dalam pukul 10 pagi tadi dan tunggu beliau di Starbuck. Tunggu nye tunggu, setengah jam selepas tu, barulah Kak Rita bersama akaknya sampai.

Jadi selepas 10 minit mengambil masa “tenangkan otak”, barulah saya memulakan sesi pembelajaran. Pertama sekali apa yang saya sentuh adalah aspek landing page dahulu. Dari ilmu landing page, optimization, peranan susunan layout, element-element yang perlu ada dan yang penting di sesuatu landing page, rahsia Golden triangle, dan beberapa perkara khas untuk menjaga “quality score” disentuh.

[Read more...]