Pada hari ini, saya menghadiri majlis perkahwinan saudara kami Shamsul Fikri Dato’ Mustafa betul tak eja ni? (anak mak ulong) di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor di mana tempat majlis perkahwinan kami dilangsungkan dulu. hehehehe…
Kami sampai awal juga dalam pukul 1.00 petang camtu. Sampai-sampai je terus melantak, makan kat buffe tepi tak sempat tunggu makan berhidang!. Dewan mula dimasuki tetamu sedikit demi sedikit, tetapi agak pelik ramai yang dijemput tak dapat menghadirkan diri kerana mostly mereka terpaksa ke Permatang Pauh. Adeh, spoil tul. Yang sempat saya tgk pun antaranya adalah tetamu VIP yang terdiri dari penasihat agama Perdana Menteri, duta Bosnia Herzegovina, duta Korea kot, Dato Zahidi (Menteri Jabatan Perdana Menteri) then banyak lagi la, mostly org politik cam ramai org UMNO je dalam tu erk…. merimaskan plak.
Saya dan isteri pula asyik sibuk dok kacau chacha…huhuhu…kepingin anak ni. Berikut sedikit sebanyak gambar di tempat kejadian.

Recent Comments