Antara kaitan wang dan juga minda

Salam semua. Pernahkan anda terfikir kepentingan peranan wang dan juga minda di dalam kehidupan harian kita? Kebanyakan manusia, setiap hari bekerja untuk mencari duit agar dapat menampung perbelanjaan mereka.

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Duit atau wang hari ini menjadi buruan setiap manusia.  Namun yang menjadi masalahnya adalah semakin dicari semakin tak jumpa.  Semakin dikejar semakin jauh ia pergi.  Selaras dengan lirik lagu Sifu M. Nasir, manusia tertanya-tanya “dimanakah duit itu?”

Kegusaran dan kerunsingan akibat kekurangan duit amat ketara sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan objek yang dipanggil duit itu.  Amat susah rasanya untuk memilikinya.  Keadaan ini berlaku adalah kerana manusia itu tiada kesedaran bagaimana hendak mendapatkan duit dengan  cara yang betul dan mudah.