Logik itu ciptaan manusia

kuasa-minda-separa-sedar-the-secret

Siapa setuju jika saya katakan logik itu ciptaan manusia? Pelik tapi benar… itulah kenyataannya. Perkara ini saya sedari apabila menghadiri kursus “Ultimate Driving Force” yang dianjurkan oleh Evolusi Minda pada beberapa minggu yang lepas.

Tidak salah jika dikatakan minda kita pada sekarang ini dijajah dengan “logik”. Lihat saja setiap perbuatan dan perlakuan kita, mesti bersandarkan logik. Sentiasa mencari penerangan kukuh tentang satu perkara.

Tetapi, “Universe” tidak pernah membataskan sesuatu perkara bersandarkan logik semata-mata. Jika semuanya itu bersandarkan logik, maka pasti alam ini sudah berterabur!

Lihat saja pada kanak-kanak. Mereka akan buat apa yang mereka suka tanpa memikirkan logik dahulu. Maka banyak perkara baru mereka pelajari dan berjaya tempuhi. Kita? Sentiasa memikirkan “boleh ke… boleh ke…” last-last, habuk pun tarak. :)

Maka sentiasalah berfikir secara positif setiap masa (dan bersangka baik pada setiap perkara serta kejadian). InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita hajati. Kuasa Minda lebih besar potensinya dari apa yang kita fikirkan sekarang…

Ketahui Perbezaan di antara Minda Sedar Dan Juga Minda Separa Sedar

“Jutawan Internet”… “Jutawan hartanah”…”Jutawan MLM”…”Jutawan itu”…”Jutawan ini”…

Setiap tahun ada sahaja JUTAWAN yang naik/lahir namun tidak kurang juga jutawan yang jatuh/mati.  Perkataan jutawan kini seolah-olah telah menjadi begitu clishe, sehingga ada di antara kita yang tidak lagi mahu menjadi jutawan atau merasa loya bila disebut perkataan jutawan.  Iklan di akhbar terhadap produk MLM terlalu banyak yang menjanjikan title Jutawan kepada pengedarnya.

[Read more...]

Antara kaitan wang dan juga minda

Salam semua. Pernahkan anda terfikir kepentingan peranan wang dan juga minda di dalam kehidupan harian kita? Kebanyakan manusia, setiap hari bekerja untuk mencari duit agar dapat menampung perbelanjaan mereka.

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Duit atau wang hari ini menjadi buruan setiap manusia.  Namun yang menjadi masalahnya adalah semakin dicari semakin tak jumpa.  Semakin dikejar semakin jauh ia pergi.  Selaras dengan lirik lagu Sifu M. Nasir, manusia tertanya-tanya “dimanakah duit itu?”

Kegusaran dan kerunsingan akibat kekurangan duit amat ketara sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan objek yang dipanggil duit itu.  Amat susah rasanya untuk memilikinya.  Keadaan ini berlaku adalah kerana manusia itu tiada kesedaran bagaimana hendak mendapatkan duit dengan  cara yang betul dan mudah.