Untuk mengaplikasikan teknik ini, anda harus mempunyai hosting sendiri (dengan menyewanya).
Di dalam tutorial ini saya akan bentangkan bagaimana cara untuk create akaun email .com anda sendiri dengan mudah menggunakan Cpanel.
Langkah 1.
- Login ke Cpanel anda. Jika tidak tahu bagaimana hendak login ke Cpanel anda, sila rujuk di sini.
- Scroll ke bawah sedikit dan click pada Fungsi Email Accounts.
- Sekarang anda berada dalam interface di mana anda boleh create email .com anda sendiri.
- Pada Step 1, masukkan nama/username yang anda inginkan.
- Pada Step 2, pilih domain mana yang anda inginkan (jika anda mempunyai banyak domain pada 1 hosting).
- Pada Step 3, masukkan password.
- Pada Step 4, masukkan sekali lagi password.
- Pada Step 5, anda boleh setkan quota space bagi email anda, jika anda guna Hosting yang mempunyai Bandwidth dan space yang unlimited, maka anda boleh tulis dalam ruangan tersebut “unlimited“.
- Step 6, click “Create”.
- Basically pada tahap ini, anda telah pun berjaya create email .com anda tadi.
- Pada Step 1, itu adalah alamat email .com anda.
- Pada Step 2, jika anda nak set untuk Outlook dan sebagainya, anda boleh tekan Yes. Jika tidak, abaikan fungsi ini.
- Pada Step 3, click pada “Go Back”. Menandakan anda telah siap menyiapkan email .com anda sendiri.
Sekarang anda telah berjaya create email .com anda sendiri tetapi bagaimana nak login ke email tersebut? Di bawah ini saya menerangkan bagaimana cara anda nak login ke email .com anda.
- Anda harus buka /webmail anda. Apa yang anda perlu buat adalah hanya tambahkan perkataan /webmail kepada domain .com anda.
- Sebagai contohnya nama domain anda adalah
Panduaannewbie.com
- maka webmail bagi domain tersebut adalah
Panduaannewbie.com/webmail
- Kemudian akan keluar satu pop up di window anda. Masukkan nama penuh email .com anda tersebut beserta passwordnya. Kemudian click “OK”.
- Pada Langkah ini, anda akan dibawa ke interface di mana anda boleh pilih jenis email script yang anda inginkan, samada horde, SquirreelMail atau Round Coube. Kalau taknak pening kepala, pilih je horde.
- Kat bahagian bawah tu ada fungsi change password, Forwarding Options (boleh pilih nak set forward email ke mana), Auto Responder (Boleh set auto responder) dan macam-macam lagi.
- Jadi untuk Langkah ini, pilih Horde.
- Sekarang anda hampir login sepenuhnya pada email anda. Anda akan dibawa ke page “log in”. Click Log in.
- Kemudian anda di bawa ke page webmail anda. Tahniah kerana anda telah berjaya login ke email .com anda sepenuhnya. Untuk baca email, click pada mail.
- Anda juga boleh try “godek-godek” option lain pada webmail ini.
Selamat mencuba!

Recent Comments