Salah satu cara untuk menunjukkan tahap ke-professionalan kita terhadap customer adalah dengan membuat follow up. Ramai di antara kita suka mengambil sambil lewa akan perkara ini seterusnya memberi impak dan implikasi yang boleh menjatuhkan perniagaan kita sendiri.
Bila anda membuat sebarang follow up terhadap pelanggan baru atau lama, ia secara tidak langsung akan membina satu jaringan mesra, kepercayaan dan kualiti perkhidmatan antara anda dan pelanggan anda. Sedikit sebanyak dapat menjadikan pelanggan anda sebagai repeating customer.
Ada di antara pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan, mereka secara tidak sedar juga akan menghebohkan tentang perkhidmatan kita kepada orang lain. Kita juga mendapat keuntungan hasil dari mouth to mouth marketing.
Berikut adalah beberapa cara untuk follow up customer anda:
- Melalui Email
- Melalui Surat
- Melalui SMS (sistem pesanan ringkas)
- Melalui panggilan telefon
- Melalui lawatan ke rumah @ tempat pelanggan
- Melalui borang survey
- Melalui Instant Messenger
Saya berharap anda dapat menerapkan teknik follow ini dalam perniagaan anda untuk benefit atau kebaikan anda sendiri.


Recent Comments