Apa itu OTO

Definasi OTO

OTO membawa maksud One Time Offer di mana pada kebiasaannya teknik ini digunakan oleh para marketer untuk membuat jualan tambahan bagi setiap jualan produk semasa mereka.

Pada kebiasaannya OTO page ini diletakkan sebelum visitor membuat bayaran kepada produk yang hendak dibeli (sebelum checkout). Jadi kebiasaannya di sini, si penjual akan menawarkan produk atau service atau bonus yang boleh dibeli dengan harga murah pada kadar biasa dan offer ini hanya boleh didapati pada waktu itu sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan One Time Offer.

Untuk lebih memahami bagaimana OTO berfungsi, sila lihat carta OTO di bawah:

Terdapat pelbagai cara dan daya kreativiti untuk membuat page OTO. Ada di antara mereka membuat 2-3 kali page OTO untuk mendapatkan profit yang maksima untuk jualan mereka. :)

Apa itu SERP

Sebelum ini kita belajar mengenai SE (search engine), sekarang kita mengenal maksud SERP pula.

Definasi SERP?

SERP adalah singkatan kepada Search Engine Ranking Position. Jika diterjemahkan di dalam bahasa Melayu, ia membawa maksud ranking kedudukan website kita di search engine (samada berada di 1st page result carian, atau di page yang lain di enjin carian).


Kepentingan mendapat SERP yang tinggi.
Kebanyakan pemilik website (webmaster) menginginkan website atau blog mereka berada di kedudukan SERP yang paling atas (samada 1st position ataupun 1st page) sekali di end search result bagi sesuatu keyword. Ini kerana mereka sangat mahukan visitor tersebut, kerana kita boleh menganggap visitor tersebut tergolong dalam golongan targeted visitor.

Apa itu Anchor text

Bagi anda yang ingin mengoptimisekan lagi page atau website anda, perkara yang penting untuk ada ketahui adalah berkenaan anchor text dan bagaimana ia digunakan secara bijak oleh SEO Expert.

Definasi Anchor Text:

Anchor Link atau Anchor Text adalah sebenarnya satu link yang anda lihat di dalam mana-mana website dan ia merujuk kepada sesuatu topik atau perkataan (keyword) yang sesuai dan dilinkkan kepada page-page tertentu. Bila visitor click pada anchor text (hyperlink) tersebut, maka visitor itu akan di redirected kepada page yang telah ditetapkan di situ.

Anak panah hijau di bawah menunjukkan contoh anchor text yang dihyperlinkkan ke url tertentu.

Bagaimana anchor text ini digunakan secara bijak oleh SEO Expert?
Selalunya SEO Expert akan membina backlink dengan menggunakan anchor text  dengan targeted keyword. Di sinilah mereka mengekspoitasi dan membina backlink dengan lebih targeted. Kenapa saya katakan begitu? Bagi mereka yang tidak biasa membina backlink, mereka hanya membina backlink tetapi tidak menggunakan targeted keyword yang sesuai. Tetapi berbeza dengan pengamal SEO, mereka akan membina backlink tetapi memastikan ia menggunakan anchow text dengan menggunakan keyword-keyword tertentu sahaja.
Sebab itu jika anda perasan, walaupun website tersebut domainnya tiada kaitan dengan keyword yang anda cari, tetapi boleh berada di 1st page search engine. :)