Nantikan kemunculan 10 rahsia facebook marketing khas untuk google adsense anda

Selamat menyambut Tahun Baru Cina! Di dalam kesibukan rakan-rakan bercuti, saya bertungkus lumus menyiapkan satu panduan khas “10 RAHSIA FACEBOOK MARKETING KHAS UNTUK GOOGLE ADSENSE ANDA”, di mana di dalam ebook ini akan mendedahkan 10 cara facebook marketing yang agak unik! Kenapa saya katakan begitu, kerana saya pasti anda sendiri tidak pernah mendengar dan mengetahui kewujudan jenis marketing tersebut dalam Facebook. Tak percaya? Tunggu dan lihat nanti. :D

Hasil personal coaching Kak Rita

Fuh… penat seharian semalam masih lagi tak hilang. Baru balik dari Mentakab, Pahang menghadiri majlis perkahwinan adik saya dan pasangannya Cik Siti. Hehehe.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan didoakan mereka happy, bahagia selamanya. Amin!

Berbalik pada cerita yang saya nak sampaikan. Pada hari Sabtu lepas, saya mengadakan sesi personal coaching Google Adsense bersama Kak Rita. Setelah seharian lebih sesi tersebut habis, maka petang tadi saya semak Facebook saya dan lihat ada photo yang di tag dengan nama saya.

Selama sehari lebih ditinggalkan, maka outcome telah nampak! Alhamdulillah, Kak Rita mengaplikasikan apa yang diajar dengan betul.

[Read more...]

Personal coaching Google Adsense dengan Kak Rita

Baru je balik dari mengajar Kak Rita mengenai Google Adsense. Hari ini memang ada “date” kat starbuck dengan Kak Rita untuk coaching dia pasal Google Adsense. Saya keluar dalam pukul 10 pagi tadi dan tunggu beliau di Starbuck. Tunggu nye tunggu, setengah jam selepas tu, barulah Kak Rita bersama akaknya sampai.

Jadi selepas 10 minit mengambil masa “tenangkan otak”, barulah saya memulakan sesi pembelajaran. Pertama sekali apa yang saya sentuh adalah aspek landing page dahulu. Dari ilmu landing page, optimization, peranan susunan layout, element-element yang perlu ada dan yang penting di sesuatu landing page, rahsia Golden triangle, dan beberapa perkara khas untuk menjaga “quality score” disentuh.

[Read more...]

Nilai per click adsense makin teruk menurun?

Makin hari makin rendah nilai per click bagi adsense yang saya terima. huhuuhu… yang paling tinggi kelmarin adalah 2 click = $3.80 something. Itu pun berlaku dalam seminggu sekali je. Apa sudah jadi? Walaupun kebanyakan blog adsense saya adalah blog yang selalu update, content pun original, traffic mostly dari Search Engine, tetapi perkara seperti ini masih lagi berlaku. Do you play God, Google?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Meh saya berikan beberapa tips untuk dapatkan earning dari adsense. Tips ni mungkin tip-tip biasa je bagi sifu-sifu di luar sana, tetapi ianya sgt berkesan bagi pendatang baru.

1) Membina 1 blog yang memenuhi kehendak pengguna. Buat kajianlah sket. Selalunya orang guna internet ni untuk ape? Untuk cari benda free, untuk cari maklumat dan juga berhibur! So kita penuhilah kehendak mereka. Jadikan blog kita sebagai tempat persinggahan favorite mereka. Tidak semestinya kena update tiap-tiap hari kerana ianya bergantung kepada jenis, content dan niche kita.

2) Popularkan website kita dengan apa cara sekalipun. Guna kreativiti anda utk viralkan url website anda. Anda boleh gunakan medium seperti audio, gambar, mahupun video sebagai alatan untuk menyebarkan url website anda. Dan di mana tempat anda nak sebarkan alatan anda tadi? Sudah tentulah di tempat komuniti serta pertumpuan pengguna.

3) Jangan kedek utk invest kat website anda. Berbelanjalah ke arah bijak dalam membeli ruangan di website org lain yg punyai traffic tinggi, ataupun berbelanja dalam mencantikkan sedikit website anda. Konsep membeli banner di ruangan website org lain yang punyai traffic yang tinggi ni pun best gak, sebab kita boleh dapat “curi” traffik org tu dengan cara cepat.

Dah, cukup 3 tip tu dulu kot. Apply yg tu dulu. Tengok keberkesanannya. Bagi mereka yang masih tak tau nak install wordpress di hosting sendiri, boleh rujuk video ni. Selamat mencuba!