Cara buat blog di blogger.com

Salah satu penyedia blog percuma adalah www.Blogger.com , di sini semuanya percuma. Tetapi sebelum anda boleh buat blog di blogger.com , anda perlu ada akaun dengan Google. Cara yang paling senang adalah dengan menggunakan email dari Gmail. Jika anda tidak mempunyai akaun Gmail, sila rujuk di sini untuk register akaun Gmail.

Kemudian anda login dengan menggunakan akaun Gmail anda. Sejurus selepas anda login, anda disuruh setup dahulu akaun anda. Langkah ini sangat senang, hanya ikut prosedur yang disediakan.

*nota: setiap akaun, boleh menyimpan banyak blog. Jadi jangan risau, anda boleh create seberapa banyak blog yang anda mahu.

[Read more...]

Cara unzip File

  • Pada kebiasaannya, apabila anda download file besar atau satu folder yang mempunyai beberapa file di dalamnya, maka pada kebiasaannya ia disertakan dalam bentuk zip. Jadi bila nak gunakan file yang telah didownload tu, anda perlu unzip dahulu file tersebut. Di dalam tutorial ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk unzip folder tersebut.
  • Apa yang perlu anda buat adalah, setelah download file tersebut. Klik kanan ke atas file .zip tersebut, dan pilih fungsi upzip. Sila rujuk gambar di bawah untuk memahami proses ini. :)

Cara tukar theme di blogger.com

Salah satu fungsi yang best di blogger adalah anda boleh tukar theme yang cantik-cantik untuk blog anda. Jadi di dalam post ini, saya akan terangkan bagaimana cara nak tukar theme di blog (blogger.com) yang anda miliki.

  • Pertama sekali anda harus download dahulu beberapa theme yang anda suka. Theme tersebut hendaklah dalam format .xml
  • Beberapa tempat best untuk download theme blogger.com adalah di:
  1. http://www.ourblogtemplates.com/
  2. http://www.bloggerstyles.com/
  3. http://www.bloggertemplatesfree.com/
  4. http://btemplates.com/
  • Kebanyakan file theme ini dimuat turun dalam format .zip , maka sebelum upload balik ke blogger.com, anda perlu extract (unzip) dahulu file ini. Jika anda tidak tahu bagaimana nak unzip, sila rujuk di sini.
  • Kemudian langkah seterusnya, anda login ke dalam dashboard blog anda. Dan click pada “Layout” > “Edit HTML” > dan click “Browse” > pilih file theme anda (dalam format .xml) dan click upload.
  • Kemudian click pada confirm and save. Dan click view blog.
  • Secara asasnya, anda telah berjaya tukar theme blog anda. Cantik dan menarik kan? Pilih mana-mana theme yang anda berkenan. Selamat mencuba!