Salah satu cara untuk mengeluarkan atau “menarik” content dari website lain di website kita adalah dengan menggunakan kaedah iFraming.
Anda boleh lihat contoh penggunaan kaedah iFraming ini melalui website blogspot di bawah.
http://ixoz.blogspot.com/
Jika anda perhatikan alamat website yang saya tunjukkan adalah http://ixoz.blogspot.com/ , tetapi content yang keluar adalah dari http://syed-ikhwan.com
Apa yang saya gunakan di atas adalah Full Framing. Jika anda perhatikan lagi, URL website yang diframe (www.syed-ikhwan.com) secara asasnya di”mask” oleh URL yang saya ingin gunakan yakni http://ixoz.blogspot.com/
Pada kebiasaannya, kaedah ini sangat berguna bagi para Pro Affiliate di mana mereka akan membeli domain yang hampir serupa dengan domain affiliate yang dipromotekannya dan menggunakan teknik iFraming untuk menutup link affiliate mereka. Tak faham?
Baca artikel ini sepenuhnya… »
Anda pernah tertanya-tanya bagaimana hendak membuat button (HTML) seperti di bawah ini?
Dengan mengetahui bagaimana butang (button) ini dibuat, sedikit sebanyak menyenangkan urusan anda mengendalikan laman web anda.
Baca artikel ini sepenuhnya… »
Pemasaran melalui artikel adalah salah satu teknik pemasaran yang sangat popular untuk mendapatkan traffic dan visitor yang berkualiti.
Pelbagai cara pemasaran artikel dilakukan oleh internet-internet marketer antaranya dengan menghantar artikel mereka kepada sosial bookmarking, digg, ezine directory dan pelbagai tempat lagi.
Pada kali ini saya ingin mengetengahkan salah satu tempat untuk membuat pemasaran artikel yakni melalui laman web Scribd.
Baca artikel ini sepenuhnya… »
Kali ini saya ingin memberikan sedikit review tentang satu buku yang sedang saya baca yakni:
Tajuk Buku : Membongkar Misteri Dajjal
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Diterbitkan oleh: Hijjaz Records Publishing
Harga: RM37.90
Jenis Buku: Fizikal
Laman Web Rasmi: Kalam Nurani.

Alhamdulillah, dekat 2 minggu juga saya mengambil masa untuk mengkatamkan buku ini. Tidak sangka isi yang dibentangkan agak berkualiti dan menepati citarasa pembaca-pembaca dari golongan yang meminati misteri ni. Secara asasnya buku ini mengupas dan membincangkan misteri kemunculan Dajjal seperti mana yang diberitahu di dalam Al-Quran dan Hadith.
Baca artikel ini sepenuhnya… »
Salah satu teknik pemasaran produk melalui internet yang sedang popular sekarang adalah dengan menggunakan pendekatan Sosial Networking Facebook. Saya pasti ramai di sini yang mempunyai akaun Facebook untuk kegunakan berhubung dengan rakan yang lain.
Mengikut carta Alexa, Facebook berjaya menduduki tempat ke-2 carta website yang mempunyai populariti dan traffic yang banyak setiap hari. Ini bermakna Facebook dikerumuni dan menjadi tumpuan ramai dan tujuan utama mereka adalah mencari rakan serta bersocial secara online.
Jadi ia juga merupakan satu tempat yang sesuai untuk para peniaga melebarkan sayap memperkembangkan produk dan perkhidmatan mereka dengan menggunakan medium Facebook.
Baca artikel ini sepenuhnya… »