Tahukah anda, dengan meng-subscribe feedburner sesuatu blog akan menyenangkan anda untuk mendapat update yang terkini terus ke dalam inbox email anda? Anda bayangkan, lepas je si penulis blog tulis dan publish artikel terbarunya, akan hadir satu email ke dalam inbox anda mengenai artikel tersebut.
Email ini dihantar secara automatik oleh penyedia perkhidmatan Feed yakni FeedBurner. Secara tidak langsung anda tidak akan ketinggalan satu post pun dari blog berkenaan. Best kan?
Di dalam post ini saya akan ajar anda bagaimana untuk subscribe Feedburner sesuatu blog sehinggalah kepada proses verification @ activation di mana ia mengesahkan anda sebagai subscriber.
Langkah #1: Subscribkan email anda.
Jika anda berminat dengan sesuatu blog berkenaan, anda cari satu tempat di mana ia akan menyuruh anda memasukkan email anda ke dalam satu form, dan tekan butang “subscribe“.
Pada kebiasaannya form opt in ini terdapat di bahagian sitebar (samada kiri atau kanan), atau soft pop-up, ataupun di akhiran post sesuatu topic.
Langkah #2: Masukkan code yang disediakan.
Kemudian akan muncul soft pop-up yang menyuruh anda supaya memasukkan code yang diberikan. Ia bertujuan untuk mengelakkan para robot (yang bertujuan untuk spamming) daripada subscribe blog tersebut. Jadi anda masukkan code tersebut dan click pada butang “Complete Subcription Request”.
Langkah #3: Sahkan Subcription anda di email.
Langkah seterusnya adalah anda perlu buka email anda (pastikan email yang sama anda masukkan untuk subscribe tadi) dan buka pada msg yang dihantar oleh FeedBurner. Kemudian click pada link activation yang diberikan. Setelah ia berjaya, anda akan dibawa ke page “Email Subscription Comfirmed”. Ini menunjukkan anda telah berjaya sepenuhnya subscribe pada feedburner blog tersebut. Mudah bukan?
Saya berharap dengan bantuan tutorial ini dapat membantu memudahkan anda memahami proses bagaimana hendak subscribe kepada sesuatu blog.
Pada kebiasaannya form opt in ini terdapat di bahagian sitebar (samada kiri atau kanan), atau soft pop-up, ataupun di akhiran post sesuatu topic.
Langkah #2: Masukkan code yang disediakan.
Kemudian akan muncul soft pop-up yang menyuruh anda supaya memasukkan code yang diberikan. Ia bertujuan untuk mengelakkan para robot (yang bertujuan untuk spamming) daripada subscribe blog tersebut. Jadi anda masukkan code tersebut dan click pada butang “Complete Subcription Request”.
Bagi anda yang ingin mengoptimisekan lagi page atau website anda, perkara yang penting untuk ada ketahui adalah berkenaan anchor text dan bagaimana ia digunakan secara bijak oleh SEO Expert.
Definasi Anchor Text:
Anchor Link atau Anchor Text adalah sebenarnya satu link yang anda lihat di dalam mana-mana website dan ia merujuk kepada sesuatu topik atau perkataan (keyword) yang sesuai dan dilinkkan kepada page-page tertentu. Bila visitor click pada anchor text (hyperlink) tersebut, maka visitor itu akan di redirected kepada page yang telah ditetapkan di situ.
Anak panah hijau di bawah menunjukkan contoh anchor text yang dihyperlinkkan ke url tertentu.
Bagaimana anchor text ini digunakan secara bijak oleh SEO Expert?
Selalunya SEO Expert akan membina backlink dengan menggunakan anchor text dengan targeted keyword. Di sinilah mereka mengekspoitasi dan membina backlink dengan lebih targeted. Kenapa saya katakan begitu? Bagi mereka yang tidak biasa membina backlink, mereka hanya membina backlink tetapi tidak menggunakan targeted keyword yang sesuai. Tetapi berbeza dengan pengamal SEO, mereka akan membina backlink tetapi memastikan ia menggunakan anchow text dengan menggunakan keyword-keyword tertentu sahaja.
Sebab itu jika anda perasan, walaupun website tersebut domainnya tiada kaitan dengan keyword yang anda cari, tetapi boleh berada di 1st page search engine.
Pernah anda terfikir kenapa la setiap kali buat post di blog anda, tiada visitor dari search engine datang? Ini kerana salah satu sebabnya adalah anda tidak membuat optimasi enjin carian (SEO) pada laman blog anda. Bila tiada visitor maka blog anda secara asasnya sama seperti sebuah kedai yang tidak mempunyai pelanggan!
Salah satu cara optimasi off page yang selalu dibuat oleh webmaster-webmaster (pemilik laman web atau blog) adalah membina jaringan backlink yang banyak.
Kenapa mereka membina jaringan backlink ni? Ini kerana makin banyak backlink yang mereka ada akan meningkatkan Page Rank (PR) laman web @ blog mereka dan bila PR makin tinggi, maka setiap kali post atau page diupdate, maka content kita akan diberikan keutamaan untuk berada di 1st page enjin carian bagi kata kunci – kata kunci (keyword) tertentu.
> BACKLINK > PAGE RANK > TINGGI KEDUDUKAN DI SEARCH ENGINE (SERP)
* SERP = search engine ranking position.
Apa itu Backlink?
Jom kita lihat apa definasi sebenar backlink ni. Menurut Wikipedia, Backlink merupakan:
Backlinks (or back-links [UK]) are incoming links to a website or web page. Inbound links were originally important (prior to the emergence of search engines) as a primary means of web navigation; today their significance lies in search engine optimization (SEO). The number of backlinks is one indication of the popularity or importance of that website or page (though other measures, such as PageRank, are likely to be more important). Outside of SEO, the backlinks of a webpage may be of significant personal, cultural or semantic interest: they indicate who is paying attention to that page.
Mengikut saya pula, Backlink ini merupakan “incoming link” atau link masuk untuk website kita. Kalau ikut bahasa pasarnya, url website kita berada di website atau blog orang lain.
Pada kebiasaannya backlink boleh berlaku dengan:
- Orang buat review terhadap produk atau website kita, kemudian mereka letak link url kita di dalam review post tersebut.
- Apabila kita sponsor sesuatu theme, link kita diletakkan di footer theme tersebut.
- Apabila link kita diletakkan di blogroll di blog-blog orang lain.
- Melalui comment-comment di blog orang lain dengan meletakkan url website kita.
- Signature atau post di forum-forum yang kita join dengan meletakkan url website kita.
Backlink juga adakalanya dikenali sebagai inbound link atau incoming link. Inbound link ini amat mustahak untuk penentuan ranking search engine (SERP – search engine ranking position) kerana setiap seach engine mempunyai algorithmsnya yang tersendiri untuk menyukat berapa bilangan backlinks sesuatu website atau page yang ada dan sekali gus akan memberikan rank dan position yang lebih tinggi mengikut kelayakan website atau page itu sendiri.
Dalam erti kata lain, makin banyak backlink sesuatu website tersebut, maka makin popular website tersebut sekali gus segala isi kandungan (content) yang berada dalam website tersebut dianggap penting dan relevent oleh sesuatu algorithms search engine.
Mengetahui jumlah Backlink website anda.
Ada banyak cara untuk menilai berapa banyak jumlah backlink yang website anda ada. Perkara ini penting untuk diketahui kerana sebagai pemilik website, anda harus berusaha menambahkan sebanyak mana backlink yang anda ada.
Antara tool percuma yang ada untuk check jumlah backlink website anda adalah Backlink Watch;
http://www.backlinkwatch.com/index.php
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan url website anda dan tekan butang “Check Backlinks”. Jika website anda mempunyai backlink, maka secara automatiknya ia akan mengira dan memaparkan dari mana backlink tersebut datang.
Cara ini juga digunakan oleh pengalisa-penganalisa SEO untuk “spy” website pesaing mereka. Dengan itu mereka akan terus meningkatkan lagi usaha menambahkan backlinks ke website mereka.
Menarik bukan? Pada masa artikel ini ditulis, blog Syed-Ikhwan.com ini mempunyai lebih dari 5000 backlinks! Alhamdulillah..
Kalau kita lihat di sini ramai di antara kita yang suka meninggalkan comment di post-post blog sana dan sini. Ada di antara kita yang menggunakan pelbagai nickname dan nama samaran.
Jelas sekali di sini ada yang ingin dikenali dan ada juga yang suka menyorokkan identiti.
Tapi perasankah anda, setiap kali anda mengisi comment di blog wordpress orang lain, ketika itu anda disuruh memasukkan email anda (wajib), nama samaran dan juga url website anda.
Sebenarnya dengan berbuat demikian, akan meninggalkan “trace” siapa kita di blog mereka. Ada kalanya akan keluar satu image sebagai icon bila kita buat comment. Image ini dikenali sebagai Gravatar. Untuk lebih memahami apa yang saya cakapkan ni, sila rujuk gambarajah di bawah.
Gambarajah 1: Apa itu Gravatar
Seperti yang kita lihat pada gambarajah 1, anak panah merah menunjukkan mereka yang tidak pernah set Gravatar mereka. Jadi paparan image default akan mengeluarkan image kosong. Manakala gambarajah anak panah biru pula adalah mereka yang telah set gravatar mereka. Dengan berbuat sedemikian, gambar yang mereka set akan keluar setiap kali membuat comment dan menggunakan maklumat email yang sama (setiap kali isi form comment).
Kepentingan Gravatar.
Sebelum kita belajar cara-cara nak set (buat) gravatar kita, ada baiknya kita memahami apakah kepentingan Gravatar itu sendiri. Antara kepentingan set Gravatar kita sendiri adalah:
- Untuk mewujudkan “alert” @ “awareness” tentang kewujudan kita di dunia blogging. Hehehehe…
- Salah satu cara supaya mudah dikenali oleh orang lain.
- Secaara tidak langsung boleh meningkatkan kredibiliti kita.
- Boleh mendapat traffic ke blog kita kerana kadang kala orang mudah tertarik dan ingin tahu siapa kita sebenarnya.
- Apabila dikenali ramai, dari situlah boleh mewujudkan peluang meluaskan rangkaian kawan dan juga jaringan perniagaan.
Cara untuk set gambar di Gravatar.
Baiklah, sekarang kita belajar pula cara untuk set gravatar. Baca dan praktiskan apa yang diajar di bawah.
Langkah Pertama: Buka laman web Gravatar, yakni http://en.gravatar.com/
Langkah Kedua: Masukkan email yang biasa anda gunakan dan tekan pada butang Signup.

Langkah Ketiga: Kemudian satu email activation akan dihantar ke email anda.
Langkah Keempat: Login ke dalam email anda dan buka email yang dihantar oleh pihak Gravatar. Click pada link activate untuk activated account Gravatar anda.

Langkah Kelima: Langkah seterusnya anda perlu memilih satu username yang sesuai (yang masih available) dan pilih password yang sesuai untuk akaun Gravatar anda. Kemudian click pada butang Signup.
Langkah Keenam: Sekarang anda akan mula memilih satu image untuk dijadikan Gravatar anda. Click pada “Add
one by clicking here” sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah merah di bawah.
Langkah Ketujuh: Sekarang anda perlu memilih satu image @ grahpic untuk disunting supaya boleh dijadikan sebagai Gravatar anda. Saya mencadangkan supaya anda mencari image yang anda ingin gunakan dan save kan ia di dalam komputer anda dahulu. Dari situ anda hanya perlu click pada “My computer’s hard drive” (seperti yang ditunjukkan dengan anak panah merah di bawah). Kemudian anda hanya perlu click pada butang “Browse” untuk mencari image anda tadi di dalam komputer anda. Setelah selesai, click butang “Next”.

Langkah Kelapan: Setelah selesai upload, anda akan disuruh untuk crop dan edit gambar anda tadi tu. Jadi di sini anda boleh crop ia “secukup rasa”. Setelah selesai crop gambar anda, click pada butang “Crop and Finish!”.

Langkah Kesembilan: Ini merupakan langkah terakhir untuk set Gravatar anda. Pada bahagian ini, anda dikehendaki set “rate” untuk Gravatar anda. Anda boleh memilih rate dari G, PG, R dan X. Jika gambar Gravatar anda tiada unsur-unsur untuk ditapis, pilih je G. (Ala, cam rate filem.. ada yang SG, SX, PL dan sebagainya). Hehehehehe
Langkah Sepuluh: Sekarang secara rasminya anda telah mempunyai Gravatar anda sendiri. Jadi apabila anda ingin membuat comment di mana-mana blog wordpress, apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan email yang telah anda registerkan tadi semasa membuka account Gravatar. Dari situ mereka boleh detect dan connectkan kepada akaun Gravatar anda dan secara tidak langsung gambar yang anda set tadi akan terpapar di comment tersebut.
Selepas ini tiada alasan bagi anda yang tidak mempunyai Gravatar! Selamat Mencuba!
Salah satu cara yang paling senang untuk blank referer anda adalah dengan menggunakan url redirection dari facebook, dengan ini kita dapat melindungi referer sebenar traffic tersebut dan lebih nampak genuine serta berkualiti.
Berikut adalah url Facebook yang boleh digunakan:
http://www.facebook.com/l/e9bf8;domainanda.com
Apa yang perlu anda buat adalah tukarkan domain yang bewarna merah di atas dengan url domain yang anda ingin promote.