7 cara mudah untuk datangkan lebih banyak traffic ke blog anda

Traffic merupakan satu perkara yang sangat penting bagi setiap pemilik blog. Ini kerana tanpa traffic, blog mereka ibaratkan sebagai sebuah rumah tinggal! Jadi dalam artikel kali ini saya akan berkongsikan sedikit sebanyak 7 cara mudah untuk menaikkan traffic ke blog anda setiap hari.

extra-traffic

Cara #1 – Menulis artikel yang berkualiti dan menulisnya setiap hari.

Ya, salah satu cara adalah menulis artikel dengan berkualiti. Gaya penulisan, content serta material yang digunakan di dalam artikel memainkan peranan penting untuk memikat hati pembaca. Selain itu, artikel yang unik dapat menarik minat “bot” untuk meng-indexkan post anda sekaligus memberikan kedudukan yang tinggi mengikut “relevent”nya artikel anda pada keyphrase carian di search engine.

Jangan bataskan topik penulisan di blog anda. Sebetulnya anda punya banyak “resource” atau sumber rujukan untuk menulis artikel di blog anda. Contohnya newspaper, majalah, “google”, serta bahan bacaan lain. Sekali sekala anda juga boleh rujuk Google Trends untuk merujuk topik apa yang terhangat sedang dibincangkan sekarang.

Saya juga menyarankan anda kerap update blog anda dengan artikel-artikel yang baru. Semakin kerap anda update blog anda, semakin berpotensi menerima ramai kunjungan dari visitor. Tidak percaya? Cuba anda tulis 4 artikel setiap hari selama 2 bulan tanpa “fail” dan anda lihat resultnya…

[Read more...]

Buat Duit Dengan Fiverr

fiverr

Buat duit dengan Fiverr.com ,  satu perkara paling senang sekali jika anda punyai service yang boleh dioffer pada orang lain pada kadar bayaran $5. Fiverr merupakan satu platform marketplace bagi mereka yang ingin menawarkan service mereka pada potential market yang agak besar. Pelbagai service yang boleh anda tawarkan kepada mereka antaranya:

  1. Service design namecard. (anam pun boleh offer service dia kat sini).
  2. Service blog review. (pada kebiasaannya dioffer oleh saudara Ridzuan Richie).
  3. Service buat website dan blog. (ni selalunya dioffer oleh team Social Media Marketing).
  4. Service bina backlink.
  5. Service install script.
  6. Service menulis artikel.
  7. Service voice over.
  8. Service mengedit video korporat.
  9. Service melukis kartun dan karikatur. (ni selalunya dibuat oleh Syed Hisham).
  10. Service design banner, header dan graphic lain.
  11. Dan pelbagai-bagai lagi service khas yang anda boleh buat.

Apa yang penting adalah kretiviti anda mengwujudkan permintaan bagi satu pasaran baru. Saya sendiri sejak 3 bulan berfiverr ni, dah mengaut keuntungan melebihi $100 usd. Walaupun kecil, tapi jadilah untuk bayar streamyx selama 2 bulan. :)

Kini subscriber sudah bertambah kepada 500

subscriber-blog-melalui-feedburner

Alhamdulillah, semakin hari semakin bertambah subscriber blog ini. Jumlah terkini subscriber blog ini menunjukkan kepada angka 500 subscriber. Jika disemak di dalam feedburner, hampir 100+ lebih lagi yang tidak verify subscription mereka. Mungkin email verifikasi termasuk dalam bulk atau mereka tidak perasan yang mereka perlu verify setelah subscribe. :)

Perlu ke subscribe blog Syed Ikhwan? Pada asasnya blog saya ini banyak berkongsikan ilmu “how to” terutamanya dalam bidang perniagaan internet. Namun sejak 2 menjak ini, blog ini cuba mengekalkan momentum dengan meng-adakan sekurang-kurangnya 1 post pada setiap minggu.

Jadi adalah sangat rugi (hehehe) jika anda tidak subscribe pada blog ini. Saya cuba berkongsikan apa yang telah saya pelajar sejak saya menjalankan perniagaan internet ini secara sepenuh masa. Pengalaman mungkin tidak boleh dibeli, tetapi ia boleh dikongsi sebagai panduan bersama. :)

Apa kebaikan subscriber banyak?

  • Anda akan mempunyai follower banyak yang sentiasa alert kepada update terkini anda.
  • Senang untuk anda umumkan sesuatu & mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
  • Memperkembangkan informasi yang sedia ada ke merata tempat melalui khidmat “mouth to mouth”.
  • Bila anda ada produk baru diperkenalkan, sudah tentu punya pasaran sedia ada… :)

Jadi bagi anda yang belum lagi subscribe pada Blog Syed Ikhwan ini, bolehlah berbuat demikian dengan masuk ke blog ini, dan masukkan email address anda di ruangan kanan sitebar & jangan lupa untuk verifykan subscription anda. :)

Usahawan bijak, pandai bahagikan masa

masa-itu-emas

Ya, untuk menjadi seorang usahawan yang bijak dan cekap, anda perlu pandai membahagikan masa. Bila anda dapat bahagikan masa dengan teratur, maka semua perjalanan jadual anda akan teratur. Kesan dari itu, maka tiadalah wujudnya masalah kelam-kabut dalam urusan harian anda.

Sebab itu orang tua berkata

Masa itu emas.

Memang tak salah kata mereka. Malah masa itu lebih berharga dari emas. Andai kata masa boleh diperdagangkan, saudagar tersebut akan jadi seorang saudagar yang paling kaya di muka bumi Allah ini. :)

Malah dalam Islam sendiri banyak mengingatkan kita tentang masa. Contohnya surah Wal-As,

Demi Masa, Manusia Itu Dalam Kerugian….

Kita harus mengambil ikhtibar agar masa yang kita ada ini (setiap orang diberikan masa yang sama 24 jam sehari) digunakan sebaik mungkin. Jangan bazirkannya dengan perbuatan yang sia-sia. Terutamanya…. tido! Hehehe

Bila balance account tinggal -RM2.20

balance-account

Bila buat rekod untuk transaksi harian akaun peribadi saya tadi, baru terperasan balance semasa saya -RM2.20 (negetive tu)! Adus…. memang betul (jangan biarkan hidup ada diselubungi misteri). Ini gara-gara pada minggu ini saya terpaksa mengeluarkan beberapa belanja extra yang tidak disangka. Nasib baik saya ada menyimpan sedikit cash untuk menampung time emergency. Kalau tidak, susah nak gerak!

Inilah kebaikan bila kita sentiasa menjaga flow masuk dan keluar perbelanjaan kita. Kita boleh sentiasa berwaspada dengan perkara-perkara yang tidak disangka. Jadi pada minggu ini saya kena struggle untuk mencari lebih banyak business! Yeah! InsyaAllah boleh! Yakin!

Lupa nak bagitau, pada sabtu dan ahad yang lepas, saya menghadiri Bengkel UDF (ultimate driving force) yang dianjurkan oleh Evolusi Minda. Apa yang boleh saya katakan tentang bengkel ini, memang mantop! Mantap semantap-mantapnyalah! Nanti later on, saya ulas lagi pasa bengkel UDF ni.

Saya sangat yakin saya akan menjaya tahun 2011. Tahun ini tahun belajar, tahun depan tahun mengaut keuntungan. :)