Penawar Resdong Asli

Lately saya lihat ramai yang asyik bersin di kalangan rakan-rakan. Dan berpendapat mostly dari mereka tu kompom ber-resdong. Bagi mereka yang sedang mengalami penyakit seperti ini memang tak boleh nak buat sebarang kerja. Jika seseorang itu masih belajar, mereka sanggup tidak pergi kelas, mengulangi pelajaran dan sebagainya. Memang susah nak tumpukan perhatian kepada pengajian. Hendak keluar dengan kawan-kawan pun rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Jadi di sini saya ingin sarankan satu penawar untuk resdong yakni “ubat penawar resdong asli.” Untuk maklumat lanjut boleh layari websitenya di http://penawar-resdong.blogspot.com/ atau menghubungi tuan yang menjual di 019-9496133 atau email beliau di halislam@gmail.com

Tabiat Pemakanan Si Kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sidang pembaca sekalian? Sudah mengisi perut yang kosong itu bersama kaum keluarga anda? Nah, di keluaran kali ini saya ingin mengutarakan maklumat dan info-info penting berkaitan tabiat pemakanan kita seharian dan terutama bagi si kecil anda.

pemakanan-kanak-kanak

Anak yang aktif dan bijak adalah impian semua ibu bapa. Melihat mereka membesar secara sihat merupakan satu kepuasaan yang tak ternilai. Bagi mereliasasikannya, perkara utama yang paling penting perlu dilakukan ialah memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat. Hidangan yang sihat antara elemen penting dalam membantu perkembangan otak anak anda.

Ikan salmon misalannya, kaya dengan kandungan Omega 3, DHA dan EPA. Semua bahan ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan fungsi otak anak anda. Kesannya, anak anda akan lebih fokus ketika belajar dan berfikiran tajam.

Selain itu, telur merupakan makanan yang paling senang didapati dan murah. Kuning telur bagus untuk perkembangan otak anak anda dan pada masa yang sama membantu proses pembelajaran. Sayur-sayuran pula lain ceritanya. Sayuran seperti bayam, sawi, tomato, brokoli dan lobak merah merupakan antara musuh ketat anak-anak. Mereka akan menggunakan berbagai alasan dan cara bagi mengelak memakan makanan tersebut, walhal sayuranlah menyumbangkan kadar vitamin dan serat yang tinggi kepada mereka.

Jelas kelihatan bahawa pengambilan makanan yang berkhasiat terhadap anak anda merupakan faktor terbesar menyumbang kepada kadar kepantasan tumbesaran dan perkembangan tubuh mereka terutama minda mereka. Anak-anak yang diberi makanan yang bernutrisi lebih bijak di dalam kelas, berstamina dan kurang menghidapi demam dan selsema.

[Read more...]

Aktiviti Playgroup Kanak-Kanak Bersama Excel Qhalif & AlimKids

Pernahkah anda tercari-cari aktiviti playgroup untuk anak-anak anda? Saya sendiri selalu mencari tempat playgroup untuk anak saya, Jasmine. Saya merasakan ia satu aktiviti yang sangat penting dan menjadi salah satu perkara yang wajib ada pada setiap kanak-kanak pada awalan usia mereka. Ini kerana aktiviti playgroup seperti ini akan memberikan satu pendedahan dan pembelajaran yang amat berguna di samping pengalaman yang berbeza bagi setiap kanak-kanak yang menyertainya.

Jadi selalunya di mana pilihan anda?

Pernah dengar Excel Qhalif atau Alimkids?

banner-preview-percuma-playgroup

Excel Qhalif & AlimKids Playgroup:  Sedia Ruang Bermain Sambil Belajar.

Excel Qhalif merupakan satu badan yang menyediakan khidmat latihan dan kursus (training provider) yang khusus bagi kalangan kanak-kanak dan remaja . Khidmat kursus dan latihan ini juga merangkumi kanak-kanak seawal usia di waktu bayi lagi. Kami menyediakan ruangbagi kanak-kanak dan remaja masa kin iuntuk mendapat input yang bermanfaat dan member fleksibiliti kepada mereka dalammenerokai kelebihan yang ada didalam diri mereka.

Excel Qhalif juga merupakan salah satu pemegang lesen bagi AlimKids Playgroup di Bangi, Selangor. AlimKids Playgroup merupakan satu program permainan dalam pembelajaran (edutainment) yang dikhususkan bagi kanak-kanak berumur 2 sehingga 4 tahun sebagai persediaan lengkap mereka untuk memasuki alam tadika. Program AlimKids Playgroup ini menggunakan medium pembelajaran dalam bahasa Inggeris dan menekankan nilai-nilai Islam secara santai. Kanak-kanak ini diajar memberi salam terlebih dahulu sesama mereka sebelum memulakan pembelajaran, membaca Ummul Kitab, iaitu surah Al-Fatihah dan doa untuk ibu-bapa.

[Read more...]

CPA Book Review, Alan Tan

Beberapa minggu lepas saya menerima satu buku dari Alan Tan mengenai CPA, tetapi beru berkesempatan membacanya beberapa hari lepas. Ini berikutan keadaan kesihatan saya yang agak terjejas sejak kebelakangan ini.

Pernah dengar mengenai CPA? Ia membawa erti “cost per action”. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan dari internet. Cara kerjanya juga agak senang di mana anda hanya perlu mencari kualiti traffic untuk dihantar ke targeted CPA landing page yang dimiliki oleh ID affiliate anda.

cpa-secret

Boleh dikatakan ramai yang berjaya memperolehi pendapatan 5 angka dari program CPA ni, tak percaya try google! Ada yang mendapat sehingga $3000 usd – $5ooo usd hanya dari CPA. Tetapi ia tidak sesenang yang dikatakan. Apa yang penting adalah ilmu marketing dan strategi markerting yang betul untuk mendapatkan traffic yang berkualiti.

Di dalam buku ini banyak menerangkan perihal CPA Network, yang mana syarikat-syarikat yang menawarkan CPA campaign yang menarik dengan payment komisyen yang baik. Alan Tan juga ada menerangkan bagaimana untuk memohon menjadi ahli kepada CPA Network serta beberapa cara yang baik untuk mempromosikan campaign CPA anda.

Secara asasnya buku ini boleh dikatakan di”cramp”kan dengan informasi yang agak baik mengenai asas “permainan” CPA. Dari 5 bintang, saya boleh berikan 4.5/5. Kenapa kurang? Sebab Alan masih menyembunyikan beberapa teknik yang digunakan untuk menawarkan CPA tersebut agar mendapatkan kadar conversion yang baik. Hehehe….

Okies, bagi mereka yang ingin berjumpa dengan Alan Tan sendiri, anda boleh menghadiri Author Talk yang bakal diadakan di MPH One Utama. Berikut adalah detailnya:

  • Date: 12th March 2011
  • Day : Saturday
  • Time: 3p.m. – 4 p.m.
  • Venue: MPH Megastore 1 Utama, F319 & S319, 1st & 2nd Floor, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
  • Cost: FREE

Buku ini juga boleh didapati di mana-mana kedai buku yang berhampiran (terutamanya kedai buku MPH) atau boleh belinya secara online di Book Planet.

Anda juga boleh cuba download sampelnya, Download the FREE 5 page sample now!

Email Cun dari SayaMuslim.com

Ari ini rasa terkejut sedikit bila buka email, dan lihat satu email yang sangat cun dari SayaMuslim.com. Berikut adalah screenshot paparan email tersebut.

email-cun-sayamuslim

Buat pengetahuan, saya telah mendaftarkan diri di komuniti SayaMuslim.com pada peringkat awal lagi. Dari awal penubuhan lagi saya lihat banyak improvement diberikan dan telah dilakukan. Terdapat banyak perkara dan “perkakasan” yang bakal diberikan kepada ahli berdaftar (percuma je keahliannya). Antara yang telah dibincangkan, perkara & perkakasan yang dimaksudkan adalah:

  1. Pusat Jual Beli bagi komuniti tersebut (marketplace).
  2. Direktori Muslim yang boleh diaccess dan beberapa detail yang boleh diview oleh ahli berdaftar.
  3. Boleh memohon menjadi ghost writer bagi blog Saya Muslim.
  4. Menyertai projek komuniti SayaMuslim.com
  5. Dan pelbagai lagi yang tidak disebut secara rasmi di sini.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai ahli berdaftar SayaMuslim.com bolehlah berbuat demikian di sini (percuma). Bagi mereka yang ingin melayari blog SayaMuslim.com boleh layarinya di sini.

Laman rasmi SayaMuslim.com – http://sayamuslim.com