Claim RM1 anda

Pihak RM1 sedang mengadakan pembahagian RM1 bagi mereka yang subsribe pada http://bermuladarirm1.com/

Kami juga telah mengaturkan beberapa follow up untuk mengajar anda bagaimana menjana pendapatan dari internet dengan menggunakan sistem dan teori yang kami temui. InsyaAllah dengan pertemuan ini akan memberi banyak manfaat kepada kita semua.

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENDAPATKAN RM1 PERTAMA ANDA

http://bermuladarirm1.com/

p/s: mungkin ini duit RM1 pertama anda dari internet?

Kembali Untuk Bekerja

Setelah lebih 2 minggu berehat, kini saya kembali untuk melakukan kerja-kerja online. Manakan tidak, asthma yang dialami agak teruk hingga menjejaskan kualiti kerja.

sakit

Bagi mereka yang ada msg/pm/sms/call boleh menghubungi balik saya. InsyaAllah saya akan reply semua msg tersebut. Harap maklum.

Kerja kosong bagi mereka berminat

petikan dari blog ridzuan richie (harap maklum)

Lelong!! Lelong!! Lelong!! Dekat sini ada banyak kerja kosong yang disediakan!! Bagi sesiapa yang tengah sibuk mencari kerja tapi tak dapat-dapat, yang nak cari duit lebih, silalah turut serta.

Ini BUKAN perniagaan MLM, skim pelaburan mahupun money game. Ini adalah jawatan kosong untuk freelancer!! Cara kerja hanyalah dari rumah dan memerlukan sebuah komputer dan akses internet.

Sesiapa pun boleh sertai Kelas IM Jobs ni. Tidak memerlukan skills yang terlalu tinggi. Tenaga pengajar dan tips-tips semuanya telah disediakan.

Korang akan dibayar sebanyak RM30-RM60 sehari berdasarkan kerja yang korang telah siapkan. Ingat murah ke? Lumayan tuuuu!

Mat Kepoh sangat-sangat syorkan kerja kosong ini kepada korang yang asyik duduk rumah tak tahu nak buat apa.

Email Cun dari SayaMuslim.com

Ari ini rasa terkejut sedikit bila buka email, dan lihat satu email yang sangat cun dari SayaMuslim.com. Berikut adalah screenshot paparan email tersebut.

email-cun-sayamuslim

Buat pengetahuan, saya telah mendaftarkan diri di komuniti SayaMuslim.com pada peringkat awal lagi. Dari awal penubuhan lagi saya lihat banyak improvement diberikan dan telah dilakukan. Terdapat banyak perkara dan “perkakasan” yang bakal diberikan kepada ahli berdaftar (percuma je keahliannya). Antara yang telah dibincangkan, perkara & perkakasan yang dimaksudkan adalah:

  1. Pusat Jual Beli bagi komuniti tersebut (marketplace).
  2. Direktori Muslim yang boleh diaccess dan beberapa detail yang boleh diview oleh ahli berdaftar.
  3. Boleh memohon menjadi ghost writer bagi blog Saya Muslim.
  4. Menyertai projek komuniti SayaMuslim.com
  5. Dan pelbagai lagi yang tidak disebut secara rasmi di sini.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai ahli berdaftar SayaMuslim.com bolehlah berbuat demikian di sini (percuma). Bagi mereka yang ingin melayari blog SayaMuslim.com boleh layarinya di sini.

Laman rasmi SayaMuslim.com – http://sayamuslim.com

Adik saya kena CULIK!!!

kena-culik

Saya amat terkejut apabila menerima panggilan dari umy saya pada pukul 1.00 lebih petang tadi mengatakan adik perempuan saya (yang no 3) kena culik! Kejadian berlaku apabila adik saya yang bekerja di 99 Speedmart di Mentari Court, keluar untuk fotostat. Semasa nak gi fotostat tu, dia diculik oleh 2 orang lelaki berbangsa india dan dilarikan dengan menaiki kereta proton wira bewarna blue black.

Dipendekkan cerita, dia dilarikan dari Mentari Court, Petaling Jaya sehinggalah ke Alam Megah, Shah Alam (dekat area proton sana). Kemudian adik saya diletakkan di dalam sebuah rumah di area situ (dalam bilik). Dijadikan cerita kedua penculik tersebut keluar (mungkin membeli makanan) dan adik saya berjaya meloloskan diri melalui tingkap dan pergi menyorok di  kedai berhampiran. Dalam masa yang sama saya, keluarga dan kawan-kawan keep in touch (sebab adik saya sempat call /sms kepada umy saya di mana lokasi dia berada).

Dalam masa itu juga bakal tunang adik saya sempat buat report polis di balai polis Sungai Wei. Manakala umy dan adik lelaki saya beserta pakcik saya ke tempat kejadian untuk mengambil adik saya sebelum disedari penculik.

Ok, dipendekkan cerita lagi, adik telah berjaya diselamatkan, kemudian adik lelaki dan umy ke balai polis berdekatan untuk membuat report agar boleh peronda  datang dan melihat / tangkap terus penculik. Tapi jawapan yang agak kecewa diterima oleh umy dan adik lelaki saya:

Maaf, ini bukan kes kami, encik kena ke balai polis desa mentari untuk buat laporan balik

Adus, saya rasa tidak menjadi masalah jika dia send 1 unit peronda sebab kawasan kejadian dalam lingkungan <6km. Sangat DEKAT!

Jadi umy dan adik lelaki (dan juga adik perempuan saya) ke balai polis Sungai Wei. Sampai di sana, mereka terangkan balik apa yang berlaku dan… kes closed. ???

Lagi saya rasa hairan, kenapa tidak diteruskan untuk mencari suspek/penculik dan tangkap atau diambil tindakan ke atas mereka? Mereka MASIH BEBAS dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Nasib baik tiada nyawa atau kecelakaan lain berlaku dan kami cepat mengambil tindakan (even selepas adik saya melepaskan diri, keluarga yang sampai dulu, bukan polis??! – polis tidak muncul-muncul….).

Jadi saya berharap agar kawan-kawan sedikit berhati-hati bila keluar,

  • selalulah keluar ada teman, bukan seorang.
  • jangan jalan tunduk sangat, perhatikan keadaan sekeliling.
  • sekarang ni musim cuti sekolah, jadi pantau aktiviti anak anda..

Dan buat pihak berkuasa, tolonglah agak prihatin dan sedikit aktif tindakannya, kami tahu kami tak bayar bila mana tuan buat rondaan, tapi kami juga perlukan sedikit aktif dari segi tindakan….bayangkan bila ia terjadi pada keluarga anda pula.. camne?

lepas satu-satu kejadian.. bermula dari hanphone kena curik, jasmine kena campak dan sekarang adik kena culik! Wasbir Ala Ma Asoba’