Filem Kongsi – Lu Langsi Lu Mati!

Filem Kongsi kian menjadi sebutan dan keyword yang digunapakai untuk carian di Google sekarang ini. Filem Kongsi ini dibintang oleh Sam Shaheizy yang memainkan peranan sebagai seorang gengster thai yang ganas tapi agak “bingai!”. Filem Kongsi ini diterbitkan oleh Metrowealth dijangka akan “pecah panggung” dan mendapat kutipan yang agak besar.

Filem-Kongsi-2011

Beberapa babak yang boleh dikatakan menarik adalah seperti adengan “street fighting” yang ditonjolkan dalam filem ini memberikan satu improvement besar dalam industri perfileman tanah air. Begitu juga babak kejar mengejar antara kereta polis dengan satu kereta GTR yang memberikan sedikit impak lain dari yang lain (walaupun ada sesetengah scene agak tidak logik ~~ aghhh ketepikan la scene itu!).

Dari 10 bintang, saya berikan 8 bintang. Apa yang penting filem ini memberikan satu revolusi baru dalam industri perfileman. (Tidak sabar menanti Filem KL Gangster plak lepas ini). Jom saksikan trailer Filem Kongsi ini di bawah.

[Read more...]

Selamat Hari Guru – 2011

Selamat Hari Guru – 2011, saya ucapkan kepada ke semua guru-guru saya tidak kiralah dari sekolah tadika Al-Arqam, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti, dan juga non-formal education yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

selamat-hari-guru

Sesungguhnya saya rasa amat bertuah diajar oleh kalian semua. Ilmu yang saya perolehi sehingga hari ini, menjadikan apa yang saya ada pada masa sekarang.

Bagi mereka yang masih belajar, saya amat berpesan:

  • Hormati Guru anda.
  • Jangan derhaka atau kurang ajar kepada sesiapa yang menurunkan ilmu kepada kita, nescaya ilmu tersebut tidak berkat.
  • Berbuat baik pada guru anda.

Mari kita sama-sama doakan perkara yang baik untuk Guru kita;

Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kehidupannya, hapuskan semua kesusahannya, kerana usaha dan susah payah insan inilah ya allah, manusia menjadi celik dan mengenalMu..Ya allah masukkan guru ini dan guru2 kami yg sudah kembali kepadamu ke dalam syurgamu atas jasa mereka mendidik kami-anak2 kami..Aminnn

Saya sayang guru saya!

Keputusan Bagi Permohonan Biasiswa MARA PILN & PIDN 2011 Sudah Keluar

Bagi mereka yang mengambil SPM 2010 (lepasan SPM 2010) yang telah menghadiri temuduga biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2011, anda sudah boleh menyemak keputusan permohonan biasiswa MARA ini mulai 16 Mei 2011.

biasiswa-MARA

Semakan Keputusan Biasiswa MARA 2011

Semakan keputusan permohonan PILN dan PIDN 2011 ini boleh dibuat di laman web MARA iaitu Semakan Keputusan Penempatan PILN & PIDN 2011 Tajaan MARA.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan MARA ini boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2693 6666, 03-2694 6622 dan 03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

Kerjaya saya sebagai Webmaster sudah cecah 6 tahun!

Sedar tidak sedar sudah 6 tahun saya menjalankan perniagaan internet. Pelbagai evolusi dan pengalaman telah saya tempohi dalam tempoh tersebut. Suka duka pahit dan manis semua saya telah lalui.

syed-ikhwan

Ramai bertanya bagaimana saya boleh bertahan dalam melakukan kerja-kerja ini sebagai punca pendapatan rezeki harian saya walhal saya tidak mempunyai “kerja tetap”. Resepinya senang sahaja, FOCUS, DISIPLIN & CONSISTANT. Tiga aspek yang sangat penting dan dijaga oleh saya dari dulu sampai sekarang.

Determinasi – salah satu perkara yang selalu saya titikberatkan sebagai nasihat kepada mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini. Ramai di antara kita yang mempunyai cita-cita menjadikan perniagaan internet atau “internet marketer” ini sebagai career impian mereka, tetapi mereka tidak merangka satu plan strategi yang betul sebelum memasuki “industri” ini.

Seperti kata pepatah, “harus penuh ilmu di dada sebelum turun ke medan perang!” (pepatah ni saya reka sendiri… hahahaha). Apa yang saya ingin sampaikan di sini, jika anda ingin menceburi sesuatu bidang, pastikan anda ada ilmunya dahulu. Jangan terus terjah tanpa ilmu, nanti kelak anda juga yang menanggung kesusahan akibat tidak dapat bertahan lama!

Ilmu teori dan praktikal boleh dipelajari. Learning curve setiap orang mungkin berbeza bergantung pada “enjin” masing-masing. Saya sendiri mengambil masa lebih 3 tahun untuk mendalami ilmu perniagaan internet ini sebelum terjun secara full time (kalau ikut calculationnya, hampir 9 tahun la saya berada dalam industri ini!).

Pesanan saya, jika anda ingin belajar dan menceburi bidang pengkhususan Webmastering, meh amik kursus Webmastering secara personal coaching dengan saya. Saya akan ajarkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan consistent permulaan lebih RM1000 setiap bulan dulu. :)

[Read more...]

CPA Book Review, Alan Tan

Beberapa minggu lepas saya menerima satu buku dari Alan Tan mengenai CPA, tetapi beru berkesempatan membacanya beberapa hari lepas. Ini berikutan keadaan kesihatan saya yang agak terjejas sejak kebelakangan ini.

Pernah dengar mengenai CPA? Ia membawa erti “cost per action”. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan dari internet. Cara kerjanya juga agak senang di mana anda hanya perlu mencari kualiti traffic untuk dihantar ke targeted CPA landing page yang dimiliki oleh ID affiliate anda.

cpa-secret

Boleh dikatakan ramai yang berjaya memperolehi pendapatan 5 angka dari program CPA ni, tak percaya try google! Ada yang mendapat sehingga $3000 usd – $5ooo usd hanya dari CPA. Tetapi ia tidak sesenang yang dikatakan. Apa yang penting adalah ilmu marketing dan strategi markerting yang betul untuk mendapatkan traffic yang berkualiti.

Di dalam buku ini banyak menerangkan perihal CPA Network, yang mana syarikat-syarikat yang menawarkan CPA campaign yang menarik dengan payment komisyen yang baik. Alan Tan juga ada menerangkan bagaimana untuk memohon menjadi ahli kepada CPA Network serta beberapa cara yang baik untuk mempromosikan campaign CPA anda.

Secara asasnya buku ini boleh dikatakan di”cramp”kan dengan informasi yang agak baik mengenai asas “permainan” CPA. Dari 5 bintang, saya boleh berikan 4.5/5. Kenapa kurang? Sebab Alan masih menyembunyikan beberapa teknik yang digunakan untuk menawarkan CPA tersebut agar mendapatkan kadar conversion yang baik. Hehehe….

Okies, bagi mereka yang ingin berjumpa dengan Alan Tan sendiri, anda boleh menghadiri Author Talk yang bakal diadakan di MPH One Utama. Berikut adalah detailnya:

  • Date: 12th March 2011
  • Day : Saturday
  • Time: 3p.m. – 4 p.m.
  • Venue: MPH Megastore 1 Utama, F319 & S319, 1st & 2nd Floor, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
  • Cost: FREE

Buku ini juga boleh didapati di mana-mana kedai buku yang berhampiran (terutamanya kedai buku MPH) atau boleh belinya secara online di Book Planet.

Anda juga boleh cuba download sampelnya, Download the FREE 5 page sample now!