Kisah remaja hari ini

Tadi saya ke kedai mamak..melihat sekumpulan remaja perempuan & lelaki sedang lepak bersembang… Bila diteliti, budaya remaja muslim itu hampir musnah… mana tidaknya, yang perempuan merokok lagaknya hebat & yang lelaki berpelukan dengan aweknya bagaikan sudah bernikah semalam! Fuh, hebatnya dugaan nafsu dunia… Kit…a boleh berubah jika kita mahu… membudayakan budaya Muslim, 1Muslim. Ikuti perbincangan di bawah

Arijan Osman
Kurang kawalan ibubapa mungkin, media yang terdedah, internet, globalisasi, mungkin kita mulakan dengan sistem pendidikan kita. Guru guru, terutama guru agama perlu mengambil peranan besar, ibubapa tidak lepas tangan, serta masyarakat yang prihatin dengan persekitaran yang diutarakan oleh sahabat kita Syed.

Ezora Irah Ezura
Kte jaga diri kte. Jgn cr salah org. Dr situ kte bmula hingga anak cucu kte. Nk kata pun bgsa sndiri.

Inamaz Irahaz
salah 1 sebab kenapa saya membesarkan anak2 di kampung…

Cikgu Taufiq

Surah Al Baqarah menjelaskan….

2:165. Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari … See Morekiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

demikianlah perihal hal – hal akhir zaman Tuan, ana juga minta diperteguh iman, agar tetap teguh di atas jalan menuju Allah.

Encik IKhwan Ganu
nauzubillah…begitu la keadaan remaja2 kita sekarang..

Syed Ikhwan
kita manusia memang tidak sempurna kerana yang sempurna itu hanya Allah. Oleh itu kita sentiasa memperingati antara yang lain (tabligh) & kita berhak berubah.

p/s: tengah layan lagu Anang.. “separuh jiwaku pergi…”

Muhamad Hanafiah
Seperti kata Imam Al-Ghazali “Sekiranya kamu ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, maka lihatlah generasi mudanya.”

mungkin akan datang kita akan dapat lihat atuk2 bergaya punk, hip hop dan sebagainya. Atuk rempit pun mungkin ada.

Mior Muhammad Saifuddin
itu lah islam hadhari dan 1malaysia….

Emophy Mcpheeia
mior: kenapa kate cmtu? mksud awk, islam hadhari dan konsep 1 malaysia menyebabkan anak2 melayu kita hanyut ditelan arus kemodenan(kononnya), begitu?

Amir Amirul Ridzz
gunalah hati utk meletakkan di mana diri kita..gunakan akal utk lepaskan dari kemungkaran..yg elok jadi teladan,yg buruk itu hak syaitan..

MZuwairi ARani
back to basic..hayati kalimah syahadah tu dah cukup..banyak yang tersirat di sebalik asyhadu anlaailahaillallah, wa annamuhammadarrasulullah..

Nadiah Nadzim
hmmm.. yg u tgk 2 en ikhwan x la terok sgt.. sy kt jb.. jb nye remaja lg uncontrol.. sporean malay lgi la.. jgn ckp la sosialnye.. lg dasyat.. tatoo di lengan n bdn tu biasa je.. minum arak n french kiss pun selamba je dpn public.. kat danga bay weekend nite byk la species ni.. ader tu pulak malay spore ni.. makan pork lagi… tp kat spore la… nauzubillah.. takot tgk!

Amir Amirul Ridzz
kat kampung2 pun lebih kurang..;-)

Zin Ali
Hakikatnya bukan Melayu Singapore saja!Ini soal Bangsa Melayu yang mempunyai masaalah sosial yang teruk.. pembuang anak luar nikah, tatooism, makan pork, murtad, kahwin sivil, keruntuhan akhlak, poverty dan sewaktu dengannya. Soalnya apa yang anda harus buat sebagai seorang individu untuk mengurangkan gejala ini. It takes one bold step to change … See Morethe frontier. Kadang-kadang walau pun mata sakit memandang adakah kita sanggup memikul tanggung jawab untuk membina. Nasihat saya Cuba Menjadi Sukarelawan diBadan2 Sosial dan saya pasti anda akan tahu hakikat sabenarnya.

Syed Aziz
Salah pemerintah zaman dulu kut boh bangsa kita Melayu, boh la Menyegar wlaupun tak segar tapi nama tetap segar. Tumpang bangga plak pbila dikatakan Takkan Melayu Hilang Didunia fuhhh…

Nadiah Nadzim
yg heran nya ada org2 biasa minum arak kena tangkap, kena sebat n penjara.. artis2 m’sia terang-terangan pegi club minum arak, siap ada gambar lagi.. tp x kena sebat lak..selalu kena serbu tmpt camni.. tp dorg cuma chek air kencing utk detect dadah je.. so yg malay yg mabuk2 tu lepas je camtu!!.. kenapa pencegah maksiat x ikot skali operasi.. kenapa x tangkap c pemabuk n sabitkan kesalahan minum arak dan berpakaian separuh bogel.. kenapa x de??? huhu..

Noura Akebar
pernah alami situasi yang sama. Pada masa tuh rasanya nak balik kasut kat diorang nih. dah la tuh.. ada aksi cium2. adus anak2 i siap kata ishhhhhhh x malunya diorang nih.. grrrrrrrrrrrr

Muhammad Hanafi
ye.. tu blum lagi dengan perangai sesetengah orang Melayu yang sangguo menipu dalam berniaga kerana sikap tamak haloba hanya untuk mengejar kekayaan duniawi dan langsung tidak memperdulikan perasaan orang yang kena tipu..aku pun tak tahu nak jadi apa dgn bangsa aku sekarang nie.sesama Melayu pun nak tipu..itu antara sebab generasi muda hari ini … See Moreberperangai sedemikian kerana mungkin makanan yang diberikan oleh ibubapa mereka daripada hasil yang haram, maka mereka mudah terjebak dengan gejala2 negatif.Ingatlah kalau kita hendak anak2 kita tidak terjebak dengan benda2 ini,jagalah sumber rezeki anda..

Muhammad Fadhli
mmm… ini la anak anak malaysia yang bakal takda kerja …. lepas nie jadi penjenayah kot.. nak duit senang

Nadiah Nadzim
ada yg bg pendapat slmt besarkan anak d kg!.. di kg lebih hebat godaan nya.. byk tempat tersembunyi utk buat maksiat.. dadah la..seks di ladang kelapa sawit la.. kena pantau pergerakan mereka ni..

Syed Aziz
Untuk memberi akupun tak mampu, anak remaja sendiri kerja x tentu arah tapi minyak motor sentiasa berisi, topup hp x pernah luak. Keluar senja berselisih dengan lembu balik kandang dan pak lebai jalan tunduk ke surau, untunglah balik tengah malam. Kalau subuh ayam nak berkokokpun terencat. ADA AKU KESAH? melayu tu aku la… ADA AKU KESAH???

Zin Ali
Siapa yang manjakan anak remaja sekarang? Ada tak remaja tak ada telepon canggih? Ada tak remaja tak makan Mc Donald? Ada tak remaja pergi sekolah jalan kaki berbatu2? Ada tak Remaja CUTI SEKOLAH suka balik kampung? So kalau jawapannya tak ada! Kenalah lihat diri kita dan baiki diri kita kerana Kita membesarkan anak2 kita kearah individualism, … See Morematerialism dan tinggi IQ takde EQ! Alhamdulillah masa saya masih jalan kaki kat sekolah, masih bawak bekal, masih sayang datuk nenek, masih takut mintak duit dgn mak bapak sanggup jual kuih! Dan masih pergi belajar ugama dan al quran! Cuma sekarang memang payah kerana situasi yang berbeza tetapi adakah kita tak hendak perubahan! It is your choice……

Syed Ikhwan
:) apa yang saya lihat di sini, semuanya bermula dari RUMAH. Kemudian dipengaruhi oleh persekitaran & pergaulan.

InsyaAllah jika kita pandai mendidik, diterapkan nilai yang sepatutnya… mungkin baby yg diibaratkan kain putih ini dapat dicorakkan dengan baik. :)

Sentiasa tahu dengan siapa mereka berkawan dan bergaul.

Mohammad Sofian Che Isa
zaman sekarang dah tak macam zaman dulu…HP bdk sekolah rendah pun dah pakai…bukan setakat tu je…kalau nak ajar anak cara kasar sikit mcm orang dulu2, sahih kena saman ngan anak tu..huhu…..akhir zaman :)

agama dah ditinggalkan, takkan ke mana jugak..hiburan tetap no satu…nk tengok body2 cun kat dlm tv, dedah sana sini, bukan susah pun, buka je tv, dapat la tgk..

cuba tanya anak2 tu, siapa idola?antara nabi ngan artis, artis jugak dia sambar :) … See More

A’aMatnor Wan Ismail
saya pernah tanya kepada pelatih2 plkn, apa pendapat mereka tentang pemakaian pakaian yang tak cukup benang…diaorang kata”biasa lah cikgu…ikut trend..habis tu kalu ada lelaki ambik kesempatan tengok atau raba….diaorang kata “lelaki gatal”….so, skrg ni nak kata salah siapa….

Nadiah Nadzim
huhu..parent skrg berlumba2 nk antar anak msk akademi fantasia..kalo anak x dpt msk atau terkeluar dr af..menangis2 klua air mata darah.. apa cerita tu..??

Daus Azizan
dunia….dunia….

Mungkin anda berminat dengan post-post ini:

 


Jika anda dapati post saya ini berguna untuk anda maka saya amat alu-alukan
anda:

subscribe pada blog ini @ share post ini diblog anda atau di mana-mana
anda suka dengan meninggalkan link-back pada blog ini @ tekan butang
“Thanks”

Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini
dipost terus ke email anda:

Tidak tahu bagaimana hendak verify subscription feedburner? Anda boleh
rujuk tutorial

di sini
. :)

2 Comments

NoziApril 18th, 2010 at 2:03 am

Salam,

Dunia akhir zaman….macam2 yg berlaku terhadap org kita sekarang. Semoga dijauhkan keburukan ini pada anak2 kita. Moga mereka yang terjerumus pun cepat2 kembali ke pangkal jalan…

CODYJuly 21st, 2010 at 9:12 pm


MedicamentSpot.com. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.Special Internet Prices.Best quality drugs. No prescription drugs. Order pills online

Buy:Lipothin.Prozac.Aricept.Nymphomax.Lipitor.Zetia.Female Cialis.Cozaar.Female Pink Viagra.Lasix.Seroquel.Wellbutrin SR.Amoxicillin.Acomplia.Ventolin.SleepWell.Buspar.Zocor.Benicar.Advair….

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled