Streamyx connection fail semalam!

Semalam sedang asyik melayari internet, connection internet tetiba down lebih kurang 50 min. Anda alami situasi yang sama tak? dan kesannya sekarang, connection sangat lembab! Ikuti discussion bersama rakan di bawah:

Norakmal Jasni
Yup.

Faizal Dzasrik
connection lembab berlaku hanya di Cafe World saya saja. hehe

Gold Miner
Mmg pon. Adehh [via Celcom SMS]

Hafidz Rahman
yup…
same situation here

Mai Sumiyati Ishak
yep. even here!

FyzRa MiZa Dania
50min je kn… Dlm 50min mcm2 leh buat.. Kiss kt baby “jasmine”..kem slm kt mama baby 2 ea.. [via Celcom SMS]

Syed Ikhwan
huhuhu lebih dari kiss dah ni. :D

Hanida Habil
yup, sini pun sama gak…huhu boring betoi..Sampai bila ni?

Ahmad Zairi Zaidi
ler, ingatke saya sorang je

Muhammad Fadhli
sama

Eliass Bin Abdul Hamid
Ptt la aku rasa mcm nak maki hamun je streamyx

Rohaya Yasin
betul tu…alami situation yg sama…

Ika Sofia
yup mende yg sama igt brdbnd probs

Suzana Jamil
samalah kita.

Sharniza Hamid
ye ke…patut la terhegeh2 je…

Suzi Suhimi
lau nk dibandingkn dgn mak enon,laju lg mak enon berjln dr connection ni..kdg2 rasa mcm nk nangis pun ada.lau ada tiket free nk je rasanya aku lari ke singapore je le,us jauh sgt..:-)))))

Safiudin Abd Advis
betul tu….nak upload pun lambat..

Puteri Ortha Bulan
geram sguh huhu

Muhamad Hasnan Zainal
dah settle…tm problem..

Kisah remaja hari ini

Tadi saya ke kedai mamak..melihat sekumpulan remaja perempuan & lelaki sedang lepak bersembang… Bila diteliti, budaya remaja muslim itu hampir musnah… mana tidaknya, yang perempuan merokok lagaknya hebat & yang lelaki berpelukan dengan aweknya bagaikan sudah bernikah semalam! Fuh, hebatnya dugaan nafsu dunia… Kit…a boleh berubah jika kita mahu… membudayakan budaya Muslim, 1Muslim. Ikuti perbincangan di bawah

Arijan Osman
Kurang kawalan ibubapa mungkin, media yang terdedah, internet, globalisasi, mungkin kita mulakan dengan sistem pendidikan kita. Guru guru, terutama guru agama perlu mengambil peranan besar, ibubapa tidak lepas tangan, serta masyarakat yang prihatin dengan persekitaran yang diutarakan oleh sahabat kita Syed.

Ezora Irah Ezura
Kte jaga diri kte. Jgn cr salah org. Dr situ kte bmula hingga anak cucu kte. Nk kata pun bgsa sndiri.

Inamaz Irahaz
salah 1 sebab kenapa saya membesarkan anak2 di kampung…

Cikgu Taufiq

Surah Al Baqarah menjelaskan….

2:165. Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari … See Morekiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

demikianlah perihal hal – hal akhir zaman Tuan, ana juga minta diperteguh iman, agar tetap teguh di atas jalan menuju Allah.

Encik IKhwan Ganu
nauzubillah…begitu la keadaan remaja2 kita sekarang..

Syed Ikhwan
kita manusia memang tidak sempurna kerana yang sempurna itu hanya Allah. Oleh itu kita sentiasa memperingati antara yang lain (tabligh) & kita berhak berubah.

p/s: tengah layan lagu Anang.. “separuh jiwaku pergi…”

Muhamad Hanafiah
Seperti kata Imam Al-Ghazali “Sekiranya kamu ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, maka lihatlah generasi mudanya.”

mungkin akan datang kita akan dapat lihat atuk2 bergaya punk, hip hop dan sebagainya. Atuk rempit pun mungkin ada.

Mior Muhammad Saifuddin
itu lah islam hadhari dan 1malaysia….

Emophy Mcpheeia
mior: kenapa kate cmtu? mksud awk, islam hadhari dan konsep 1 malaysia menyebabkan anak2 melayu kita hanyut ditelan arus kemodenan(kononnya), begitu?

[Read more...]

Ilmu SEO: Apa itu SEO?

Ilmu SEO: Mulai hari ini saya akan kembangkan lagi perkongsian saya dengan anda mengenai SEO. Pertama sekali adalah memahami SEO. Apa itu SEO….baca seterusnya & berikan komen anda. Ikuti perbincangan di bawah

Syed Ikhwan
SEO merupakan singkatan Search Engine Optimization atau dalam bahasa Melayu membawa maksud optimasi enjin carian terhadap website @ blog kita.

Lebih dikenali sebagai “teknik SEO”. Kenapa teknik? Sebab ia memerlukan teknik & pengetahuan yang betul dalam mengaplikasikan SEO ni.

Syed Ikhwan
Bahasa pasarnya adalah kita jadikan page atau website atau blog kita mudah di-index dalam enjin carian serta kalau boleh kita inginkan kedudukan yang tinggi di dalam keputusan sesuatu carian di enjin carian.

Gold Miner
lg tuan syed…

Ammbiz Stevia
wah bagus2 .. :)

Zurienna Ismail
1 sharing yg best nie… lg2 & lg…

Syed Ikhwan
Kenapa perlu SEO untuk website atau blog kita? Haa.. jawab dulu…

Gold Miner
tuk mudah ditemui oleh engine search…

betul ke aq tulih ni…

Muhammad Syukri Arabi
Supaya mudah website kita untuk duduk pada tempat pertama di enjin carian untuk kata kunci tertentu. Info tambahan: WordPress merupakan sebuah CMS friendly buat mereka yg ingin berjinak-jinak dengan SEO. Jadi, gunakanlah wordpress :P

Syed Ikhwan
Ok kenapa perlu SEO untuk website atau blog kita:

Motif utama kita adalah untuk memudahkan enjin carian MENYENARAIKAN blog kita dalam database mereka. Justeru itu barulah blog kita akan berada di dalam hasil keputusan carian bagi keyword-keyword tertentu di enjin carian. Cuma yang bezanya, adakah website atau blog kita berada di kedudukan yang teratas (SERP, saya terangkan kemudian) atau di belakang sekali.

Jadi untuk memastikan website kita berada di kedudukan yang teratas, kita kena optimisekan betul-betul website atau blog kita. :) … See More

Bila kita nye website atau blog berada di kedudukan yang atas, maka mudah untuk website kita didatangi visitor dari enjin carian. Dari situlah kita dapat traffic.

Penting ke traffic dari enjin carian ni?

Ya, sangat penting kerana ia merupakan “targeted traffic”. Bila targeted traffic, kadar conversion akan tinggi.

Dapat tangkap?

[Read more...]