Bagaimana nak buat Feedburner Subscription
Pernah anda masuk dalam satu blog, dan di tepinya ada satu column yang menyuruh anda memasukkan email dan menyuruh anda menjadi subscriber mereka. Atau gambaran yang lebih jelas lagi seperti gambar di bawah ini, sebagai contohnya:
- Haa… benda alah ni dinamakan Feedburner subsription. Satu blog yang bagus dan berkualiti mesti mempunyai ramai pengikut atau follower yang subscribe dengan mereka ini. Ada sampai di kalangan blog mempunyai melebihi 1000 subscriber reader. Hebat bukan?
- Feedburner ataupun RSS atau dengan kata lain dikenali sebagai Really Simple Syndication, merupakan satu penyedia service yang menghantar email kepada subscriber anda secara automatik tentang post yang baru anda tulis. Sebagai contohnya anda baru tulis pasal “post tahun baru”, maka “post tahun baru” itu secara automatik dicopy dan dipost ke email setiap subscriber anda oleh Feedburner. Best bukan? Ini bermakna jika anda ada 1000 follower, maka 1000 orang akan alert tentang post baru anda itu.
Apa kegunaan Feedburner RSS (Really Simple Syndication) ini?
- Bayangkan jika anda ada follower sebanyak 1000 orang yang setia dan selalu mengikuti perkembangan anda, kemudian satu hari anda buat satu post yang memperkenalkan produk anda dengan harga RM20. Keesokan harinya dari 1000 reader anda tersebut, 200 orang merasakan produk tersebut menarik dan harus dimiliki, seterusnya mereka mengambil langkah untuk membeli produk tersebut pada hari itu juga. Berapa agaknya pendapatan anda pada hari itu? RM20 x 200 = RM4,000! Wow! RM4,000 dalam satu hari!
- Itu antara kegunaan dan manfaat dari Feedburner. Selain itu bagi setiap blogger, Feedburner @ RSS juga dapat menjamin pembaca tetap ke blog mereka kerana dengan perkhidmatan ini, akan mendekatkan pembaca dengan penulisnya.
Tetapi perkhidmatan ini hanya boleh digunakan bagi mereka yang menggunakan platform blog sahaja seperti enjin blog wordpress dan juga blogger.
Bagaimana nak setup Feedburner?
Di bawah ini saya akan berikan tutorial step by step bagaimana nak setup Feedburner untuk blog anda.
- Perkara pertama sekali yang perlu anda ada adalah akaun email Gmail. Anda juga boleh guna email .com anda sendiri, tetapi sebelum itu harus daftarkannya dengan akaun Gmail.
- Kemudian anda buka laman web Feedburner di http://www.feedburner.com, kemudian login dengan email Gmail anda (seperti gambarajah di bawah di anak panah 1). Jika anda mempunyai email lain (seperti email .com anda sendiri) anda boleh register dahulu akaun Google sepertimana ditunjukkan di anah panah no2 dalam gambar di bawah.
- Kemudian langkah seterusnya adalah masukkan URL blog anda, tick pada “I am podcaster” dan click Next. Rujuk gambar di bawah.
- kemudian anda akan di redirect ke page seterusnya. Di mana di page ini akan ada “nama cadangan feed anda” dan alamat cadangan feed anda. Tetapi saya sarankan just gunakan apa yang telah dicadangkan, kemudian click next. Rujuk gambar di bawah.
- kemudian jika berjaya anda akan di bawa ke page seperti gambar di bawah ini, click je Next.
- Ok, seterusnya anda perlu setup atau configure podcast anda tadi, saya sarankan kalau anda taktau ape-ape, click je Next. Rujuk gambar di bawah ni.
- Dah selesai step di atas? Ok, anda akan di bawa step seterusnya di mana anda boleh pilih fungsi apa yang anda ingin tambah untuk fungsi feedburner anda. Jika tiada apa-apa lagi untuk ditambah, click je next.
Rujuk gambar di bawah.
- Sekarang secara asasnya, akaun feedburner anda telah siap diselenggarakan. Apa yang perlu anda buat seterusnya click pada butang “Publicize” seperti gambar di bawah:
- Langkah seterusnya anda perlu activekan subscription tersebut. Rujuk gambar di bawah. Click pada “Email Subscriptions” (anak panah 1) kemudian click pada butang “Activate” (anak panah 2).
- Bila click je “activate” button tu, akan muncul code feedburner anda. Rujuk gambar di bawah. Apa yang perlu anda buat adalah copy code tersebut dan pastekan dalam blog anda. Sebagai contohnya anda boleh letakkannya di sidebar blog anda, atau di bawah setiap post anda bergantung pada kreativiti anda untuk capture potential reader.
- Saya berharap dengan tutorial di atas ini, anda sudah boleh buat dan setup feedburner anda sendiri. Jom kita kumpul seramai mungkin readers!
Tambahan informasi sket. Tadi ada orang tanya saya, “saya dah copy code tersebut, tetapi taktau nak paste kat mana dalam blog wordpress saya”. Okies saya tambahkan sket tutorial untuk paste code tersebut. Rujuk gambar di bawah ni:
- Pertama sekali login ke dalam dashboard blog wordpress anda. Click pada butang “Appearance” dan seterusnya “Widget” (rujuk pada no 2).
- Pastu, drag button “text” ke sebelah kanan sitebar dan masukkan code feedburner tersebut di situ. Click save. Tadaaa… cuba view blog anda sekarang. Kompom jadi. Hehehe… selamat mencuba!







tutorial yg bagus
tutorial yg simple tapi padat..
salam bro.. thanks sbb memberi tutorial yg padat dan berkesan. Blogger baru mcm sy bole cepat fhm dgn apa yg bro ajarkan. semoga tutorial spt ini bro dpt berikan lg selepas ini.
Bagus satu info yang baik untuk dipelajari.Walaupun ianya asas tapi bukan semuanya tau tambah lagi bagi mereka yang newbie termasuk saya juga.
Salam bro…sy nk tnya sikit. sy dh try buat macam yang bro tunjukkan. tapi bila wat ruang kosong tuk isi email dan icon tuk subsribe xde. Harap boleh membantu.
syah: kamu letak kat blog kamu eh di masterpakpandir.wordpress.com. kalau kat situ memang takkan jadi dan takkan keluar. kalau kamu nak cuba, cuba di blog .com sendiri atau di blog blogger.com
p/s: saya ada menawarkan pakej blog .com + hosting sendiri dengan hanya RM97 setahun.
terima kasih. saya dah cuba wat kat blog.com. Memang jadi tuk adakan ruang kosong. cuma di blog wordpress saya gunakan link feedburner sebagai subscription.