Buku Membongkar Misteri Dajjal
Kali ini saya ingin memberikan sedikit review tentang satu buku yang sedang saya baca yakni:
Tajuk Buku : Membongkar Misteri Dajjal
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Diterbitkan oleh: Hijjaz Records Publishing
Harga: RM37.90
Jenis Buku: Fizikal
Laman Web Rasmi: Kalam Nurani.
Alhamdulillah, dekat 2 minggu juga saya mengambil masa untuk mengkatamkan buku ini. Tidak sangka isi yang dibentangkan agak berkualiti dan menepati citarasa pembaca-pembaca dari golongan yang meminati misteri ni. Secara asasnya buku ini mengupas dan membincangkan misteri kemunculan Dajjal seperti mana yang diberitahu di dalam Al-Quran dan Hadith.
Di akhiran buku ini, penulis juga ada menggariskan antara persediaan-persediaan yang perlu ada sebagai umat Islam dalam menghadapi fitnah Dajjal Al-Masih.
Antara ringkasan yang diperkatakan di dalam buku ini;
Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?
Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.
Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.
Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.
Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.
Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.
Anda juga boleh mengetahui perkembangan terkini penulis buku ini dan buku-buku yang bakal dihasilkan oleh beliau di laman blog rasminya di sini.
http://www.kalamnurani.com/






wah
kena beralih pada buku agama plak
sebelum nih byk baca buku self-improvement
nk berbisnes pun point agama kene mantap jugak
Salam,
Saya ada sebuah buku ini… dan sangat bagus isi dan penulisannya. HEBAT!!
Yup, hasil penulisan buku Misteri Kemunculan Dajjal ni sedikit unik!
Kalau buku Misteri Kemunculan Dajjal ni kita boleh kategorikan ia dalam kategori misteri.
Bagus baca buku self-improvment, tapi jgn sisihkan buku berunsur agama gak. Kasi makanan sket pada roh anda.
salam…sblm ni saya dh mengikuti karya mohd isa daud…masa 2 br form 2…agaknya xmatang lg…kurang faham&susah nk terima tapi sy cuba nak memahami apa yg cuba disampaikan…skrg dh 17thn pencarian saya berhasil…inilah buku yg hampir sama dgn ape yg saya cr saya gambarkan tp xdpt diaplikasikan dlm pernyataan&tulisan…alhamdulillah….
Salam, saya dah beli dan baca buku nie, isi kandungan amat bagus walaupun ada sedikit spelling error satu penyelidikan ilmiah yang membongkar misteri disebalik rahsia sesuatu kejadian yang ada perkaitan yang semuanya nampak begitu misteri terutama mengenai Dajjal.
alhamdulillah…
Islam itu syumul….klu sape2 yg anggap orang yg amik bidang2 profesional xperlu agaama itu silap, itu sekular, amik Islam secara juz’ie….dan itu dah termasuk sebahagian dri jahiliah…atau dlm istilah buku ini, sebahagian dri fitnah dajjal….Alhamdulillah, dengan izin dan kehendakNYa Allah beri kesempatan utk ana baca buku itu, btul….skaranglah masa membina iman, bukan orang yg digelar ust shj yg perlu bina iman, tpi yg menggelar diri sebagai muslim…x kira apepon sbb apa guna kejayaan kita dlm bidang2 profesional klu Islam xdpt tunmpang…x kira apepon bidang….tpi klu dibina atas dasar keimanan, pasti akn membuahkn SINERGI…..pernah x lihat orang yg amik bidang IT tpi pakai tudung labuh(klu perempuan)……contoh lelaki, PHD dlm kajian mineral, tpi bila ckp psl Islam…….itulah hakikat seorang muslim, orang2 yg ade fikrah fikrah, orang2 yg ditarbiah…yg hidupnya utk Allh, Rasul-NYA dan deen ini…ini hanyalah sekadar perkongsian…..sbb Allah beri ana kesempatan utk lalui proses ini(tarbiah islamiah harakiah)……semoga Allah redha kerja Islam dlm segenap lapangan bidang….