Apa itu Meta Marketing?

Pernahkah anda mendengar akan istilah meta marketing di Malaysia? Mungkin ada segelintir di kalangan kita yang pernah mendengarnya dan juga menggunakannya sebagai platform marketing untuk memperkenalkan produk mereka.

Tetapi saya pasti, masih ramai sebenarnya tidak mengetahui akan potensi sebenar meta marketing dalam meningkatkan traffic semasa ke laman blog/jualan kita seterusnya meningkatkan lagi kadar conversion bagi sesuatu produk yang kita iklankan. :)

Dalam diam tak diam juga sebenarnya ada juga di kalangan kita telah lama menggunakan kaedah ini tanpa mereka sedari.  Antara contoh terdekat adalah Blog SyokKahwin dan juga blog OhBulan.

Apa itu Meta Marketing?

Secara asasnya Meta Marketing adalah satu kaedah di mana ia mengeksploitasi berita-berita semasa yang baru diumumkan samada melalui media cetak, TV, mahupun radio dan ianya terus diterbitkan ke laman blog anda.

Sebagai contoh saya beri beberapa situasi bagaimana hendak mengekspoitasikan Meta marketing ni.

Situasi pertama: Melalui radio.

  • Anda selalu mendengar radio di dalam kereta waktu pagi semasa hendak ke tempat kerja? Mesti anda perasan setiap hari, ada saja topik yang berbeza yang akan dibincangkan oleh DJ-DJ bertugaskan. Nah, ini adalah sumber pertama anda sebagai bahan untuk dimuatkan di dalam blog anda. Katakan hari ini menceritakan perihal “Mawi akan berkahwin dengan Ekin pada Disember kelak”. Maka anda boleh buat sedikit ulasan tentang perkara tersebut di blog anda. Saya pasti akan ada targeted visitor yang mencari maklumat tentang majlis perkahwinan Mawi dan Ekin selepas sejam topik tersebut dikeudarakan.

Situasi kedua: Melalui Berita TV

  • Pada situasi ini, lebih kurang sama dengan radio. Tetapi advantagenya berita di TV ni lagi cepat update. Contohnya berita 1.30 di TV3. Ada juga stesen TV menyiarkan berita 30 minit sekali. Maka ia makin bagus sebagai bahan kita di blog nanti!

Situasi ketiga: Melalui Surat Khabar

  • Mengambil berita semasa di surat khabar juga merupakan salah satu kaedah Meta Marketing yang digunakan oleh saya pada hari ini. Cuba anda cari info/bahan yang mana orang akan search di internet nanti. Selalunya topik-topik berkaitan gossip, hiburan serta politik merupakan topik yang paling hangat dicari oleh pembaca suratkhabar di internet. Jadi gunakan kreativiti anda untuk menarik targeted visitor ke website anda.

Anda tidak percaya akan keberkesanannya. Cuba anda sediakan plan 30 hari untuk menggunakan kaedah Meta Marketing ni, insyaAllah anda akan melihat peningkatan mendadak dari segi visitor dan income. Selamat Mencuba!

Mungkin anda berminat dengan post-post ini:

 


Jika anda dapati post saya ini berguna untuk anda maka saya amat alu-alukan
anda:

subscribe pada blog ini @ share post ini diblog anda atau di mana-mana
anda suka dengan meninggalkan link-back pada blog ini @ tekan butang
“Thanks”

Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini
dipost terus ke email anda:

Tidak tahu bagaimana hendak verify subscription feedburner? Anda boleh
rujuk tutorial

di sini
. :)

19 Comments

[...] peningkatan mendadak dari segi visitor dan income. Selamat Mencuba! Sumber dari Blog saya: Syed Ikhwan Tells Something Blog Archive Apa itu Meta Marketing? __________________ http://www.Syed-Ikhwan.com ********************** | DVD Best | JomSeminar Forum | | [...]

hafrezeDecember 5th, 2008 at 2:07 am

masukkan blog saya gak!. haha

yeah, meta marketing is great. memang naik mendadak traffik, even my ranking naik from 1 million to 300 k within sebulan setengah. Alexa rank.

MeorDecember 5th, 2008 at 2:08 am

Yup, saya setuju dengan syed, memang teknik marketing ni dah pernah saya cuba, tak sedar plak ia sebenarnya adalah Meta Marketing.

TQ

densDecember 5th, 2008 at 2:40 am

terima kasih , trik yang bagus .

affuanDecember 5th, 2008 at 4:12 am

oit! apsal bocor rahsia neh? haha.

mikagamiDecember 5th, 2008 at 4:40 am

yup…dah mencuba utk berita Obama. norman, amrozi…memang berbaloi…eehehehe

BlogOtaiDecember 5th, 2008 at 7:31 am

Terima kasih atas info. Saya akan cuba.

mazuki selangor2uDecember 5th, 2008 at 3:47 pm

lorgh…meta marketing upenya nama bnde alah nie…sebelum saya mmg pernah terpikir untuk dan pernah buat bnde nie beberapa kali cuma xtau plak teknik ni di panggil meta marketing…

SmartMoveDecember 6th, 2008 at 11:06 am

Assalamualaikum, saya baru sahaja menyiapkan blog saya.. namun saya masih lagi kurang memahami kenapa beberapa adsense saya tak muncul tiba.. harap saudara boleh menjengok ke laman saya dan memberikan sepatah dua komen.. cubalah juga resepi asli saya…

http://www.resepi-lelaki.blogspot.com

pedagangITDecember 6th, 2008 at 4:42 pm

saya memang sokong nie… saya kalu xsempat nak baca paper saya mesti set time 8mlm mesti tgk tv3… berita penting je saya akan masukan kat blog blog saya… kalu market luar saya tgh bbc kat astro.. kadang-kadang just nak cari tajuk cerita je…

dinDecember 7th, 2008 at 7:12 am

kat blogger bole wat meta tag tak mcmne nak daftar meta ek

Wanita eMallDecember 9th, 2008 at 1:38 am

Owh, Meta Marketing rupanya namenya. hehe. Pernah dengar kaedah ni, tapi, tak tahu pulak dinamakan Meta Marketing. Great information. Thanks!

titanDecember 9th, 2008 at 10:32 am

hehe. aku dah wat kat slah satu blog aku. Trafik memang naik tanpa diminta. :)

Syed IkhwanDecember 9th, 2008 at 2:12 pm

din: Meta Marketing ni bukan refer pada meta tag di blogger tu. tetapi Meta Marketing ni refer kepada salah satu teknik penulisan yang bertumpukan pada issue semasa. :)

Blog Buat DuitDecember 10th, 2008 at 7:21 am

Owh..tq skrg dh tahu ape makna meta marketing

harfeesDecember 17th, 2008 at 10:08 am

t.kasih Syed info tentang Meta Marketing.Kalau boleh nak mintak cara teknikal nak buat Meta Marketing ni…saya tak tahu caranya.

[...] Saya baca salah satu post dari blog saudara Syed Ikhwan tentang cara Meta Marketing.Kaedah ini memang menarik dan boleh memberikan visitors yang banyak.Anda boleh baca post beliau di sini. [...]

alantanblogJune 22nd, 2009 at 9:18 pm

kena cari topic yg evergreen

Ada ada buat blog pasal Susan Boyle…

Mula2 memang byk traffic & kini dah slow

KhairulDecember 22nd, 2009 at 1:51 am

Bagus gak trick nie :) nak try la nanti kat blog kekek

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled