Unlock Protected, Password Lock & Printing Limitation of .PDF file

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda telah membeli sesuatu ebook dalam bentuk .pdf tetapi anda nak print tak boleh? Perkara ini sering terjadi kepada saya dari dulu lagi tetapi ianya bukan satu masalah yang besar.

Unlock Protected, password lock & Printing limitation of PDF file

Tujuan si penjual lock fail mereka adalah untuk melindungi fail tersebut dari disalah cetak ataupun diedarkan secara haram atau dalam erti kata lain melindungi harta intelek mereka. Tetapi dalam tidak disedari limitation yang mereka cipta itu kengkadang menimbulkan masalah kecil kepada pelanggan mereka kerana tidak semua pelanggan suka membaca secara terus melalui PC/laptop mereka. Ada sesetengah dari mereka lebih suka untuk print dulu ebook tersebut dan membacanya secara offline. Barulah ada feel! :)

Jadi, anda sebagai pengguna janganlah pula cepat melatah tanpa mencari dahulu jalan penyelesaiaannya. Cara pertama yang anda boleh gunakan adalah dengan menghubungi balik si penjual tersebut untuk memintanya dengan versi print-able.

Jika anda menemui jalan buntu juga, maka di sini saya ingin berkongsi 1 tips bagaimana untuk Unlock Protected, Password & Printing Limitation of .PDF file dengan menggunakan kaedah percuma tanpa perlu anda membeli atau menginstall apa-apa software di PC/laptop anda.

Anda hanya perlu melayari website

http://www.ensode.net/pdf-crack.jsf

Di website berkenaan (scroll bawah sikit) ada satu ruangan untuk anda upload file pdf anda ke server mereka. Dalam masa beberapa minit, fail tersebut akan diremovekan segala limitation yang ada dan akan dibukakan dalam tetingkap internet explore yang baru. Tadaaaaa… Nah! Sekarang anda boleh terus print file .pdf anda tanpa perlu bersusah payah membeli atau menginstall apa-apa software di PC/laptop anda! Murah bukan?

Jadi, apa tunggu lagi. Cubalah!

p/s: Selepas selesai proses un-lock dijalankan di website tersebut, jangan lupa savekan dulu fail pdf tersebut!

Mungkin anda berminat dengan post-post ini:

Jika anda dapati post saya ini berguna untuk anda maka saya amat alu-alukan
anda:

subscribe pada blog ini @ share post ini diblog anda atau di mana-mana
anda suka dengan meninggalkan link-back pada blog ini @ tekan butang
“Thanks”

Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini
dipost terus ke email anda:

Tidak tahu bagaimana hendak verify subscription feedburner? Anda boleh
rujuk tutorial

di sini
. :)

5 Comments

book coverNovember 30th, 2008 at 11:09 pm

Saya tak pernah tau tools ini ada juga.. heh. Thanks syed

mumtahanahNovember 30th, 2008 at 11:46 pm

ilmu baru nie..dulu pernah nak print bab2 penting dlm ebook tue, tp x bleh..ha, lepas nie bleh print balikla..thanks tuan syed..:)

warnnieNovember 14th, 2009 at 9:21 am

thanks di atas perkongsian berguna….

MokhZamDecember 24th, 2009 at 2:47 am

saya penah alami masalah mcm ni…skrg dah jupe tools senangla lps ni..tp mcm mane plak mengenai hak penulis ebook tersebut?tujuan asalnya utk elak disalah cetak?..mcm mana tu tn.syed?

adminDecember 24th, 2009 at 2:58 am

Gunakan untuk solved masalah sendiri. Bukannya tujuan utama utk cetak rompak @ mengedarkan bahan tersebut kpd org lain. :)

Leave a comment

Your comment