Cara nak buat Printscreen

Pernah tak anda beli barang secara online dan membuat bayaran secara online. Kemudian si penjual itu mahukan bukti pembayaran dalam bentuk image, yakni anda perlu buat printscreen (cetak secara digital bukti pembayaran tadi) dan hantarkan kepadanya.

Bagi mereka yang masih baru dalam urus jual dan juga perihal internet ini, pasti anda tertanya-tanya bagaimana caranya nak buat printscreen ni.

Apa itu printscreen?

Printscreen ni secara kasarnya adalah gambar atau capture semasa paparan di monitor anda. Jika anda boleh melakukan proses ini (proses printscreen) ia dapat memudahkan anda untuk melakukan sesuatu samada menjadikan gambar atau capture tersebut sebagai rujukan ataupun bukti.

Kebiasaannya kaedah printscreen ini digunakan untuk capture gambar semasa pembayaran online dibuat untuk dijadikan bukti pembayaran semasa urusan jual beli berlaku secara online.

Kaedah printscreen ini juga digunakan untuk membuat tutorial-tutorial bergambar atau cetakan offline. Jadi ia sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam mempermudahkan tugasan harian.

Cara-cara melakukan Printscreen.

Langkah #1.

Pilih paparan mana yang anda hendak printscreen. Maksudnya jika anda hendak printscreen apa yang sedang dipaparkan pada monitor anda sekarang ini, maka langkah seterusnya yang patut anda buat adalah dengan menekan butang Printscreen di keyboard anda.


Biasanya butang printscreen ini terletak berdekatan dengan butang F12. Ada juga ia ditulis dengan tulisan “prt sc”. Bergantung pada keyboard. Jika anda menggunakan laptop, ada kalanya anda perlu menekan bersama butang “fn” untuk activatedkan butang “prt sc”.

Langkah #2.

Kemudian selepas tekan butang printscreen, terus buka aplikasi “Paint”. (start > All Programs > Accesories). Dan tekan butang paste di situ. Dan akhir sekali, apa yang perlu anda buat adalah savekan printscreen anda. Saya nasihatkan anda save dalam format .jpeg ataupun .png kerana sizenya yg kecil dan paparan gambarnya yang agak jelas.

Anda juga boleh uploadkan gambar yang anda printscreen tadi di image hosting percuma seperti Imageshack atau Photobucket untuk dikongsikan bersama dengan rakan yang lain. :) Jadi dengan tutorial ini, saya berharap anda tidak lagi mendapat masalah dalam melakukan proses printscreen untuk kegunaan anda sendiri. :)

Mungkin anda berminat dengan post-post ini:

 

Jika anda dapati post saya ini berguna untuk anda maka saya amat alu-alukan
anda:

subscribe pada blog ini @ share post ini diblog anda atau di mana-mana
anda suka dengan meninggalkan link-back pada blog ini @ tekan butang
“Thanks”

Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini
dipost terus ke email anda:

Tidak tahu bagaimana hendak verify subscription feedburner? Anda boleh
rujuk tutorial

di sini
. :)

Comments

  1. afendie says:

    bagus info ni.. baru tahu bagaimana nak printscreen nie..

  2. nurul says:

    thanks a lot….info ni banyak membantu sye utk buat job

  3. Juan says:

    Terima kasih untuk post ini. Sebagai penjual diinternet agak sukar juga saya untuk mendapatkan bukti pembayaran kerana mereka tidak tahu untuk printscreen. Mohon izin untuk share post ini bagi pelanggan saya yang tidak tahu untuk printscreen ya. Terima kasih.

  4. arbayact says:

    terima kasih…..info ini amat berguna untuk saya…baru faham apa itu printscree.

  5. mas says:

    terima kasih Tuan Syed.
    Saya dah try tapi tak jadi la.

  6. Nor Azuwan says:

    saya pakai laptop,saya sudah cuba tak menjadi ..macammana nak buat ni…

Trackbacks

  1. [...] Bukti Pembayaran: * tutorial buat screenshot, rujuk di sini. [...]

  2. [...] Tips: Tutorial untuk buat screenshot menggunakan kaedah printscreen sebagai bukti pembayaran boleh dirujuk di sini. [...]

  3. [...] anda wajib mengetahui cara untuk printsrceen untuk tujuan pengesahan/bukti anda telah melakukan kerja. [Lihat cara-caranya di SINI] [...]

Speak Your Mind

*

*
= 4 + 4

CommentLuv badge