WC Gathering – Memories of Malaysian IM

Last week on Sunday (3rd August 2008), I was attending WC Gathering at Bukit Jalil Golf Club and Resort. I was so lucky to meet a lot if Malaysian Internet Marketer gathered in one roof on that day. What can I say I was stunning and amuse, this gathering is really rock! Although it takes more than 4 hours of my time, but it really worth. You can built relationship, networking, JV project, credibility, trust among members and many more benefits! Thus you can market your product.

Jadi tersebutlah kisahnya begini….

Saya bertolak dari rumah pada pukul 1.15pm dan singgah berhenti di hentian rehat (R&R) selepas tol Sunway untuk solat Zohor di sana. Dengan keadaan pada masa itu yang sedikit panas membuatkan kepala yang sedang pening bertambah pening. Aduh…

Kemudian selepas selesai solat Zohor, maka saya bergegas ke stesen LRT Bukit Jalil untuk pick up Yusry dan Lan di sana. Huhuhu… jenuh tunggu dekat 20 minit juga barulah mamat duaorang ni sampai sambil masing-masing memegang jambu air di tangan. Maka bertolak kami ke tempat wc gathering.

Dekat je rupanya dari stesen LRT Bukit Jalil ke Bukit Jalil Golf Club and Resort. Tak sampai 6 minit pun dah tiba di sana. Sebaik sahaja tiba di sana, maka kami bertiga pun g usha dulu ke “tempat kejadian”. Hmm… tak start lagi, tapi ramai dah yang berkumpul di depan pintu. So better Yusry dan Lan g solat dulu.

Selesai Yusry dan Lan solat, barulah kami bergegas nak naik ke atas. Di tengah jalan, tersempak dengan Labanon serta seorang rakannya dan datang menegur dan bersalaman dengan kami. Budak sekolah ni pun “menggagahkan” diri untuk datang walaupun nampak “kepenatan”.

Sampai di tingkat atas, saya lihat penuh dengan peserta-peserta gathering dan dari situ ada yang saya kenal dan ada yang saya tidak kenal. Orang yang pertama sekali datang menyapa saya adalah Sabri SaifulSham. (Adeh, lupa nak hantar email kat dia ari tu, patutlah dia tanya…”ada hantar email tak?” Huhuhu…) Kemudian pula disapa oleh Noorizam disusuli dengan beberapa rakan-rakan lain lagi. Serius saya tak kenal muka, tapi saya kenal nama (itupun tengok kat sticker name diorg). Ooo inilah orangnya! Banyak yang saya sempat berkenalan face to face, yang selama ini tengok muka avatar je. Ada Kak G, Zamri Nanyan, Mawardee, Khalis, Badruzamani, Osman Affan, Shuth, TheReds, Bagak (Syed jugak rupanya… welcome to the club), Din Beramboi, Nasrun, AfzaiAfandi, Catzer, Azuwan, Hasrul, Amirol, Irwan Dahnil, Maizul, Fai dan banyak lagi la yang dah sampai tak tersebut namanya. :p

Dah daftar masuk, kami pun masing-masing mengambil tempat duduk. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Syawarma. Kemudian disusuli dengan pembuka kata oleh tuan tanah WC, saudara Shuth. Beliau menerangkan sejarah bagaimana WC dibentuk dan dari mana ia dicetuskan. Matlamat utama WC adalah untuk membantu orang Melayu (terutamanya warga Malaysia) dalam mencapai kesedaran menjana pendapat dari internet dengan cara yang betul.

Majlis diteruskan lagi dengan mini forum yang dimoderatori oleh saudara Osman Affan (memang best kalau dia menjadi juruacara sebab kepakaran beliau mengendalikan suasana adalah cekap dan smart) dan disertai oleh 3 orang panel yakni saudara Sabri SaifulSham, saudara Gobala dan juga saudara Yusry (mamat ni dah separa lalok dah ni sebenarnya, demam tak kebah lagi… sian plak dia…hehehehe)

Dr Irfan pula tiba pada pertengahan majlis dan menyelinap secara senyap-senyap. :p Selepas habis mini forum, giliran Dr Irfan pula memberikan sedikit sebanyak nasihat serta petua akan strategi pemasaran luar negara dan juga untuk local market. Hmm.. rugi siapa yang tak dengar!

Kemudian, sesi makan-makan pun tiba. Time ni la baru saya cergas sket (makan!) hehehe… Masa makan, duduk semeja ngan Osman Affan, Ubi dan beberapa lagi rakan IM lain. Memang borak sakan terutama dengan saudara Osman Affan yang tak jemu-jemu melayan kami semua. Banyak juga bertukar pendapat dan saling mendapatkan idea baru. Apa yang saya pelajari dari Saudara Osman Affan adalah perihal communication and interaksi sebenarnya. Saya cuba pelajari apa yang sedang praktiskan ketika beliau berkomunikasi bersama kami dan juga ketika beliau mengacarakan program mini forum tadi. Hmm.. secara tidak langsung ada banyak perkara saya pelajari walaupun dalam senyap-senyap hari tu.

Basically pada hari itu saya tidak banyak bercakap di dalam dewan kerana mengambil langkah untuk memerhati dan mempelajari beberapa teknik saikologi semasa. :) Penting tu, sebagai skill komunikasi. Hehehe… akan saya praktiskan di luar nanti.

Setelah puas berborak di meja, maka saya mengambil langkah untuk bersosial di luar pula. Tak sempat duduk betul di sofa lobby luar tu 5 minit, saya didatangi oleh kawan Kak G bertanyakan perihal adsense. Kemudian disusuli oleh Kak Liza. Masa tu kepala tengah pening makin menjadi-jadi plak. Maybe panas sangat hari tu (walaupun ada hujan renyai sekejap). Jadi saya mengambil keputusan untuk pulang awal. Rasanya dalam pukul 6 lebih sket kami pulang.

p/s:

- Sebenarnya pada hari tu saya teringin nak berborak lama dan bertukar pendapat dengan semua yang hadir, tetapi masa tak mengizinkan. Ramai yang cuba datang dekat tetapi sesi nak melanjutkan soalan saya terpaksa shortkan kepada kurang dari seminit setiap orang. Huhuhu… nanti saya rasa kita boleh adakan satu perjumpaan yang berbentuk santai dalam 2 hari 1 malam untuk merapatkan lagi hubungan silatulrahim.

- Projek Video Usahawan akan dilancarkan tidak lama lagi, dan saya telahpun melihat produk fizikal ini direalisasikan. Memang berkualiti dan best gilerrrr!

- Tahniah kepada Sham kerana telah sah menjadi suami orang. Sorry tak dapat hadir ke majlis perkahwinan. Memang tak sempat.

- Alang, nak ambik video kat youtube ko ni, nak stream kat sini. Hehehehe… Tengok lah sedikit sebanyak video yang diambil oleh Alang kat bawah ni. Adios…

Dalam Video ni juga menyingkap ramai misteri wajah IM disebalik avatar mereka.

Video konspirasi abg_x. Saya jumpa di pun masa dia dah nak balik dan datang bersalaman dengan kami. Kalau tak, tak cam saya yang mana satu abg_x. Awat ang tak kenalkan diri awal-awal. Puas cari…

Behind scene – masa nak tangkap gambar.

Mungkin anda berminat dengan post-post ini:

 


Jika anda dapati post saya ini berguna untuk anda maka saya amat alu-alukan
anda:

subscribe pada blog ini @ share post ini diblog anda atau di mana-mana
anda suka dengan meninggalkan link-back pada blog ini @ tekan butang
“Thanks”

Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini
dipost terus ke email anda:

Tidak tahu bagaimana hendak verify subscription feedburner? Anda boleh
rujuk tutorial

di sini
. :)

16 Comments

wangcyber.com » WC Gath Successfully..August 6th, 2008 at 1:35 am

[...] (Syed Ikhwan) WC Gathering – Memories of Malaysian IM This entry was posted on Sunday, August 3rd, 2008 and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. Post-post lain yang menarik untuk dibaca :     + No related posts « Irfan Khairi, Mentor Jutawan [...]

BAGAKAugust 6th, 2008 at 2:01 am

abg_x dengan takut2 jumpa alang

lepas tu…

kita orang gelak kuat-kuat sebab abg_x macam takut2 rupa2nya tak de apa2 pun yang berlaku

tapi badan berpeluh macam kena hujan

p/s tak pakai guna nama Syed sebab org tak kenal
Macam UBI juga, kalau sebut Raja Ahmad Kamil mesti org tak kenal

[...] (Syed Ikhwan) WC Gathering – Memories of Malaysian IM Related Content: [...]

TheRedsAugust 6th, 2008 at 3:11 am

Tak sempat nak borak dgn bro syed..
bz nampaknya ari tu.. :D

[...] 3 hari berlalu, baru sekarang saya sempat memberi post berkenaan wc gath di blog saya. WC Gathering – Memories of Malaysian IM Datang-datanglah bertandang memberi komen. __________________ JomSeminar Forum Private Group | [...]

Perjumpaan Ahli Forum WangCyber 2008August 6th, 2008 at 3:25 am

[...] Dahnil, Bitol, Kartunis UBI, Alang, Sabri, Amanz, Ariel_RX, Amirol, Noorizam, Mohd Zamri Nayan, Syed Ikhwan (terima kasih sebab buatkan kad bisnes) dan ramai [...]

Noorizam ShahAugust 6th, 2008 at 3:26 am

lapar perut aku tengok catzer panjang meja.. haha

Afzai AfandiAugust 6th, 2008 at 3:34 am

thanks syed for the trackbacks

To my perception, syed seemed quiet vaguely, may be it’s the nature live of ‘otai’ low profile. Did you still remember me who greet syed and asked about my problem laptop on that day?

adminAugust 6th, 2008 at 3:40 am

BAGAK: :) terima kasih kerana bertandang.

TheReds: InsyaAllah ada masa di lain hari, kita boleh borak panjang.

Noorizam Shah: aku tgk catz, taktau nak cakap ape da. hehehe…

Afzai Afandi: Of cause saya ingat kamu. :) saya diam sket hari tu. pening.. pening.. tapi duduk kat situ pun dah tak terlayan. :) saya tengok ramai nak tegur, tapi diorg cam tak berani pun ada. aiseh, saya tak makan org. :p

[...] Din, Nasrun, Deen, Sabri, Amanz, Irwan Dahnil, Syukri, Zamri Nanyan, Fauzul, Gobala Krishnan, Syed, Osman Affan, AlHafiz, Catzer, Hasrul, Norizam, Ubi, Hilmi, Farid, Bitol yang mana saya terlepas [...]

AbooainAugust 6th, 2008 at 4:53 am

Patula la Syed sakit kepala rupa-rupanya. Tapi semangat tu ….. hujan panas sanggup diredahi.

Tak sempat nak berbual dengan Syed, kita jumpa lain kali syed!

Corat Coret Usahawan Internet MalayaAugust 6th, 2008 at 11:55 am

[...] (Syed Ikhwan) WC Gathering – Memories of Malaysian IM [...]

[...] (Syed Ikhwan) WC Gathering – Memories of Malaysian IM [...]

amirolAugust 9th, 2008 at 4:46 pm

Bro syed, tak sempat plak saya nak jumpa syed time Gath… Kejap sungguh masa berlalu. Hopefully dapat ketemu lagi kelak. InsyaAllah.

adminAugust 10th, 2008 at 10:30 am

yup amirol, saya pun tercari-cari mana satu kamu. InsyaAllah ada masa dan kelapangan nanti kita akan bertemu. Banyak benda boleh dibincangkan. :)

mrberettDecember 1st, 2008 at 2:47 pm

rasenyer macam penah sampai ke blog cik yg duduk kt tgh2 depan sekali tu..ade bace pasal newbie for webmaster kalau xsilap.pape pon..suke tol bace blog ni..banyak info

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled